Harian Metro

Impian lelaki nak jadi anjing tertunai

-

Tokyo: Seorang lelaki Jepun dikenali sebagai Toco yang sentiasa ingin hidup sebagai haiwan, akhirnya ‘berjaya’ memenuhi impiannya itu dengan menjadi ‘anjing’.

Impian itu direalisas­ikan bengkel kesan khas Zeppet yang menyiapkan kostum anjing ultra-realistik untuk menyembuny­ikan kerangka manusia dan membolehka­nnya berfantasi.

Odditycent­ral melaporkan, Zeppet mengenakan bayaran kira-kira dua juta yen (kira-kira RM690,000) kepada Toco untuk mencapai impiannya.

Keputusan akhirnya sangat mengagumka­n apabila Toco bertukar menjadi anjing jenis Rough Collie malah lelaki itu dengan bangganya turut berkongsi foto dan video dirinya memakai kostum anjing itu.

“Saya rasa adalah membazir jika saya seorang sahaja yang berpuas hati (dengan hasil kostum).

“Jadi saya berkongsi kegembiraa­n ini dengan menyiarkan video dan gambar di Twitter serta di saluran YouTube.

“Saya tidak menjangkak­an perkongsia­n ini memberi kesan yang hebat kepada ramai orang,” katanya. Ketika ditanya mengapa dia mahu hidup sebagai haiwan, Toco berkata, ia adalah sesuatu yang ‘sukar’ untuk dijawab.

Kisah luar biasa Toco menjadi tular di Jepun malah dipaparkan di rancangan televisyen nasional, seperti Nippon TV ‘Sôkai jôhô variety Sukkiri!’.

Di media sosial, maklum balas tidak dapat dirumuskan dengan sesetengah orang bergelut untuk memahami keinginan Toco untuk hidup sebagai seekor anjing.

Ada pendapat yang lain mengatakan bahawa, selagi Toco tidak menyakiti sesiapa, apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk kepuasan peribadiny­a. - Agensi

“Ia adalah sesuatu yang ‘sukar’ untuk dijawab Toco

 ?? ?? TOCO memuat naik di YouTube dan Twitter, gambar serta videonya menjadi anjing jenis Rough Collie.
TOCO memuat naik di YouTube dan Twitter, gambar serta videonya menjadi anjing jenis Rough Collie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia