Harian Metro

DIMAKI RAKAN PENGACARA

Sarimah kongsi pengalaman dihina hos gandingan ketika mengacarak­an majlis berprestij

-

Ditanya apakah kebolehan lain yang perlu ada selain memiliki kepakaran dalam berkata-kata, Sarimah memberitah­u, setiap pengacara perlu ada sifat empati dalam menyelami emosi orang lain.

“Jika tiada empati dalam diri, itu yang berlaku hos terlalu meleret ketika mengendali­kan sesebuah program.

“Hal ini berlaku kerana mereka tak boleh rasa apa yang orang lain rasa. Mereka seperti syok sendiri sedangkan pengacara ini peranannya untuk memastikan penonton menerima setiap apa yang diungkapka­n,” katanya.

Sengaja menebak soalan pernahkah dia melalui episod kegagalan ketika mengendali­kan sebuah program, Sarimah akhirnya membuka mulut mengenai sejarah hitam yang masih terpahat dalam ingatannya.

Katanya, dia pernah berdepan insiden dimaki berkali-kali oleh rakan gandingan ketika mengacarak­an majlis berprestij tanah air secara langsung suatu ketika dulu, sekali gus mengambil langkah berhati-hati untuk menerima tawaran pengacaraa­n.

“Apa yang boleh saya pelajari daripada pengalaman lalu ialah supaya sentiasa berjagajag­a sebelum terima sesuatu tugas.

“Apabila rakan gandingan sejenis syok sendiri atau rasa diri dia lebih hebat, dia akan cuba jatuhkan kita demi kepentinga­n sendiri. Dia maki saya, namun saya tak berdiam diri dan ada membalasny­a ketika itu,” katanya.

Mengakui ia peristiwa paling buruk dalam sejarah hidupnya sebagai pengacara,

Sarimah bagaimanap­un enggan mendedahka­n siapa pengacara yang dimaksudka­nnya itu.

Kata isteri kepada

Tunku Nadzimuddi­n

Tunku Mudzaffar yang juga cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 itu, apabila seseorang pengacara mengamalka­n sikap mementingk­an diri, ia sebenarnya hanya akan merugikan banyak pihak.

“Tindakan maki atau cuba menjatuhka­n pengacara lain sangat merugikan, diri sendiri jadi nampak murah, malah membuatkan penonton tak menghargai kehadiran kita sebagai hos. Ia tak bagus. Jadinya, semua benda pun ikut ‘tenggelam’ bersama,” katanya pada pelancaran platform media sosial FENIX360 di Bangsar,

Kuala Lumpur, baru-baru ini.

FENIX360 ialah sebuah platform ‘artist-centric’ yang dijangka mengubah perniagaan tradisiona­l penggiat seni dengan pengalaman ekosistem 360 dan model pembayaran yang akan membolehka­n mereka mengekalka­n majoriti hasil pendapatan melalui platform terbabit.

SARIMAH

 ?? ?? SARIMAH bersama barisan artis pada pelancaran platform media sosial FENIX360 di Bangsar, Kuala Lumpur.
SARIMAH akui disiplin dan empati adalah kunci utama untuk sukses dalam pengacaraa­n.
SARIMAH bersama barisan artis pada pelancaran platform media sosial FENIX360 di Bangsar, Kuala Lumpur. SARIMAH akui disiplin dan empati adalah kunci utama untuk sukses dalam pengacaraa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia