Harian Metro

HARAP SINAR MENANTI

Aina janji persembaha­n terbaik di Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 Live at Istana Budaya

-

pasti tahu saya sangat cerewet dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik. Mengenai harga tiket, saya faham dengan kekangan yang ada dan bersyukur kerana peminat memahami.

“Semuanya sudah ditetapkan mengikut kesesuaian, seperti contoh melihatkan kepada kapasiti penonton dalam Panggung Sari nanti, hanya 70 peratus dibenarkan dan setakat ini ANWAA masih berstatus ‘self funded’ kerana kami masih mencari penaja.

“Tapi, ia tak menghalang kami untuk memberikan yang terbaik dari segi pemuzik dan sebagainya. ‘Line-up musician’ (string, horn section, band) semuanya dalam kalangan profesiona­l. Sistem audio, LED, penataan pentas, kawalan keselamata­n, ‘glam team’ saya (pereka busana, penata gaya, penata hijab, solekan) dan pelbagai lagi, semua yang terbaik dirancang untuk ANWAA,” katanya.

Biarpun melakukann­ya sendiri bantuan team

AAE, Aina tidak mahu menjadikan ia alasan untuk buat persembaha­n asal boleh.

“Saya nak memberikan yang terbaik, setaraf dengan pentas berprestij di Istana Budaya. Saya tak mahu sekadar melepas batuk di tangga, jadi persiapan yang dilakukan perlu rapi, lebih-lebih lagi ini adalah persembaha­n solo pertama saya di Istana Budaya,” katanya.

Menjanjika­n kejutan kepada penggemar, Aina bakal muncul dengan lapan busana menarik sepanjang konsert yang berlangsun­g selama dua malam.

“Busana semuanya sudah dirancang. Saya sendiri tak sabar nak menyarungk­an lapan busana di ANWAA nanti. Selain itu, ada lagu di konsert malam pertama tidak akan dinyanyika­n di konsert malam kedua. Saya juga akan tampilkan seorang penyanyi undangan istimewa di konsert malam kedua ANWAA.

“Peminat yang hadir juga akan mendapat hadiah istimewa tanda terima kasih saya dan

AAE. Saya sendiri tak sabar menantikan konsert ini dan berharap peminat akan pulang dengan senyuman,” katanya.

Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket ANWAA dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.

Saya tak mahu sekadar melepas batuk di tangga, jadi persiapan yang dilakukan perlu rapi, lebih-lebih lagi ini adalah persembaha­n solo pertama saya di Istana Budaya AINA

 ?? ?? AINA janji persembaha­n terbaik.
AINA janji persembaha­n terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia