Harian Metro

RUMAH KEKAL SEJUK

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Rakyat Malaysia sudah biasa dengan cuaca tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun, namun sejak awal Mac tahun ini, suhu sangat tinggi.

Laporan Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) menjangkak­an cuaca panas ini berlarutan sehingga pertengaha­n September depan berikutan monsun barat daya yang mengakibat­kan iklim panas dan kering.

Cuaca yang sangat panas boleh menimbulka­n beberapa masalah kesihatan dalam kalangan orang ramai termasuk ruam panas, kekejangan, keletihan dan strok haba yang perlu kita perhatikan.

Orang ramai dinasihatk­an untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti luar terutama ketika bersenam di bawah sinar matahari dan pastikan diri sentiasa terhidrat dengan minum lebih banyak air.

Bagaimanap­un, bagi yang ingin kekal berada dalam rumah, anda mungkin menanggung bil elektrik yang tinggi berikutan penggunaan penyaman udara dengan lebih kerap dan lama.

Justeru itu, terdapat beberapa penyelesai­an alternatif mesra alam dan mesra dompet yang boleh dilakukan di rumah untuk menyejukka­n hari yang panas:

1. Gantikan mentol pijar ke mentol LED untuk mengurangk­an haba

Semua peralatan elektronik menghasilk­an haba apabila menjana elektrik dan ini akan menyumbang kepada peningkata­n suhu bilik. Ini termasuk mentol lampu. Berbanding dengan mentol pijar tradisiona­l, mentol

LED menggunaka­n lebih sedikit tenaga dan menjana lebih sedikit haba serta lebih cekap tenaga. Oleh itu, jika anda cuba menyejukka­n bilik, peralihan kecil seperti menukar kepada mentol LED dapat membantu dan ia juga akan mengurangk­an bil elektrik anda!

2. Pasang bidai atau langsir untuk mengurangk­an pengaliran haba dalam rumah

Ia mungkin cantik untuk mendapatka­n pencahayaa­n semula jadi bagi menyinari ruang bilik anda, tetapi cahaya matahari yang mengalir melalui tingkap akan meningkatk­an suhu bilik. Lagi besar tingkap, lagi banyak haba yang terkumpul. Bidai dan langsir gelap adalah salah satu cara paling berkesan untuk menghalang cahaya matahari langsung daripada memanaskan ruang. Sebelum anda meninggalk­an rumah, jangan lupa untuk menutup langsir sebelum melangkah keluar supaya anda boleh kembali ke rumah yang lebih sejuk.

3. Lekatkan filem gelap pada tingkap

Walaupun langsir adalah cara yang mudah dan berkesan untuk menghalang cahaya matahari terik, ramai yang mungkin tidak mahu berada dalam ruang gelap pada siang hari. Pemasangan filem gelap pada tingkap di rumah anda boleh mengurangk­an haba daripada cahaya matahari sambil mengekalka­n cahaya semula jadi. Secara amnya, filem gelap memantulka­n haba untuk mengelakka­n peningkata­n suhu bilik. Terdapat juga filem gelap di pasaran yang direka khusus untuk melindungi daripada sinaran UV yang langsung dapat memastikan rumah kekal pada suhu yang lebih sejuk.

4. Lap kipas siling anda dengan kerap

Tahukah anda lapisan habuk tebal pada kipas siling adalah salah satu faktor utama yang mempengaru­hi kesan penyejukan kipas. Pembersiha­n kipas siling sememangny­a menyusahka­n dan ramai juga yang mungkin hanya membersihk­annya setahun sekali. Habuk pada kipas bukan sahaja kotor, malah ia juga memperlaha­nkan kelajuan kipas kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk berpusing. Bersihkan kipas siling anda dengan kerap dan anda pasti akan merasai perbezaann­ya.

5. Pemasangan hiasan air sebagai sistem penyejuk semula jadi

Pemasangan hiasan air dalam rumah menjadi semakin popular kerana ia bukan sahaja bertindak sebagai sistem penyejukan semula jadi cekap tenaga untuk ruang kediaman semata-mata. Ia juga mewujudkan suasana yang menenangka­n. Di samping itu, air menambah kelembapan pada ruang rumah, meningkatk­an kualiti udara sambil menyejukka­n udara di sekitar kawasan di mana hiasan air diletakkan. Bagi memastikan hiasan air berjaya pastikan pemilik menggunaka­n saiz pam dan sistem penapisan air yang berkesan.

 ?? FOTO | IHSAN WATERCO ?? MENUKAR mentol pijar kepada mentol LED untuk mengurangk­an haba dan penggunaan tenaga.
HIASAN air membantu mencipta sistem penyejukan semula jadi dan membawa suasana yang indah ke ruang rumah.
TINGKAP berfilem gelap memantulka­n sinaran UV sambil membenarka­n cahaya semula jadi masuk dalam rumah.
BIDAI dapat menghalang cahaya matahari daripada masuk dalam bilik, sekali gus mengurangk­an peningkata­n haba.
KIPAS siling hendaklah dibersihka­n untuk mengelakka­n habuk yang akan memperlaha­nkan kelajuan.
FOTO | IHSAN WATERCO MENUKAR mentol pijar kepada mentol LED untuk mengurangk­an haba dan penggunaan tenaga. HIASAN air membantu mencipta sistem penyejukan semula jadi dan membawa suasana yang indah ke ruang rumah. TINGKAP berfilem gelap memantulka­n sinaran UV sambil membenarka­n cahaya semula jadi masuk dalam rumah. BIDAI dapat menghalang cahaya matahari daripada masuk dalam bilik, sekali gus mengurangk­an peningkata­n haba. KIPAS siling hendaklah dibersihka­n untuk mengelakka­n habuk yang akan memperlaha­nkan kelajuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia