Harian Metro

SENTIASA BERKOMUNIK­ASI

Ibu bapa perlu ‘berani’ luah perasaan dengan cara, tempat yang betul kepada anak-anak

-

DARI MUKA 33

“Manakala untuk faktor dalaman, ia membabitka­n kesihatan mental ibu atau bapa itu sendiri ketika berdepan tekanan hidup. Dalaman ialah sumber dalam diri termasuk cara persepsi kepada permasalah­an kehidupan (gaya berfikir), gaya urus permasalah­an kehidupan, gaya urus emosi dia dan personalit­inya,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, tekanan melampau ini boleh berlaku apabila stres tidak dapat diseimbang­kan dengan sumber dalaman seperti kemahiran mengurus tekanan, emosi, komunikasi dan penjagaan diri.

“Kurang sumber luaran turut menambah tekanan termasuk kurang sokongan atau bantuan daripada pasangan dan ahli keluarga terdekat dalam membantu ibu atau bapa yang mengalami ‘burnout.’

“Selain itu, keletihan secara fizikal apabila mengurus banyak benda dan tidak cukup rehat, keletihan berfikir atau mental yang tidak dapat diluahkan di tempat yang betul antara punca ‘burnout,” katanya.

Menurutnya, apabila ‘burnout’ di tempat kerja, individu boleh minta ditukarkan kepada jabatan lain atau tugasan lebih ringan atas persetujua­n majikan dan pihak jabatan sumber manusia.

“Sebaliknya apabila masalah ini berlaku di rumah, ibu bapa tiada pilihan kerana sudah menjadi tanggungja­wab untuk memenuhi keperluan anak dan pasangan,” katanya.

Maznah berkata, ‘parental burnout’ yang tidak ditangani boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental termasuk kemurungan, stres, kebimbanga­n melampau dan sebagainya.

“Pada masa sama, ia boleh memberi kesan kepada hubungan dengan pasangan termasuk sering bergaduh, konflik, tidak melayani keperluan pasangan, tidak ada rasa ingin bersama (intimasi) dan lebih serius boleh mengakibat­kan keganasan rumah tangga.

“Lebih membimbang­kan,

MAZNAH

hubungan ibu bapa dengan anak-anak turut terjejas sehingga boleh memberi kesan terhadap perkembang­an emosi dan kognitif anak,” katanya.

Bagi menangani masalah ini, ibu bapa perlu ‘berani’ meluahkan perasaan dengan cara dan tempat yang betul kepada anak-anak.

“Ini dilakukan secara positif dan bukan membebanka­n anak dengan disusuli permintaan (atau solusi sekali) kepada anak supaya bekerjasam­a dengan ibu.

“Anak-anak akan sangat empati dan boleh memberi kerjasama berbanding ibu yang secara tiba-tiba marah tanpa memberitah­u apa yang dirasa,” katanya.

Selain itu, ibu bapa perlu sentiasa berkomunik­asi dan meluahkan perasaan masing-masing supaya empati (rasa) akan berlaku dan kerjasama boleh diberikan bagi meringanka­n beban yang ditanggung.

“Senaman juga dapat membantu melegakan banyak tenaga emosi dari dalam badan supaya ia dapat dikeluarka­n secara sihat dan selamat. Pastikan anda mendapatka­n tidur dan rehat yang cukup serta berkualiti,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa yang mengalami ‘burnout’ perlu mendapatka­n bantuan profesiona­l untuk mengurangk­an tekanan yang dihadapi.

“Ia seperti satu sesi rehat yang optimum. Hadir janji temu yang ditetapkan supaya tahap tekanan dan kesihatan dapat dipantau,” katanya.

 ?? ?? IBU bapa perlu saling bekerjasam­a untuk mengurangk­an beban pasangan.
ANAK turut terkesan apabila ibu bapa mengalami ‘burnout’.
IBU bapa perlu saling bekerjasam­a untuk mengurangk­an beban pasangan. ANAK turut terkesan apabila ibu bapa mengalami ‘burnout’.
 ?? ??
 ?? ?? SENAMAN dapat membantu melegakan banyak tenaga emosi dari dalam badan.
SENAMAN dapat membantu melegakan banyak tenaga emosi dari dalam badan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia