Harian Metro

MERAWAT ASMA SECARA BERKESAN

Tahap keterukan dinilai sejauh mana pesakit itu boleh dikawal serta jenis, dos ubat diperlukan

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Pesakit asma teruk memerlukan perhatian khas kerana mereka lebih cenderung untuk mengalami serangan asma yang lebih kerap walaupun mempunyai kemahiran penggunaan inhaler yang betul DR MAT ZUKI

Asma mungkin dianggap sebagai suatu penyakit ‘normal’ dan tidak memerlukan rawatan segera.

Bagaimanap­un, ramai tidak menyedari akibat daripada hidup dengan asma yang tidak terkawal dan tidak diberikan rawatan secukupnya atau lebih buruk lagi, menghidap asma kategori teruk adalah tahap paling serius bagi penyakit itu.

Kira-kira dua juta rakyat Malaysia menghidap asma dan 90 peratus pesakit ini diklasifik­asikan sebagai kes tidak terkawal, risiko mereka mengalami tahap kesihatan yang buruk dan jangka hayat pendek adalah tinggi.

Setiap tahun jumlah rakyat Malaysia yang kehilangan nyawa akibat komplikasi berkaitan asma mencapai empat angka dengan hampir 1,700 kematian pada 2014 sahaja.

Angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingk­an dengan punca kematian yang lain di negara ini, namun adalah penting untuk diberi perhatian bahawa kematian berkaitan asma kebanyakan­nya boleh dielak.

Pengelasan tepat adalah langkah pertama yang perlu diambil bagi merawat dan mengurus asma secara berkesan. Asma diklasifik­asikan mengikut tiga tahap keterukan iaitu ringan, sederhana dan teruk.

Tahap keterukan itu biasanya dinilai sejauh mana asma pesakit itu boleh dikawal, serta jenis dan dos ubat yang diperlukan seseorang pesakit bagi mengawal asma dihidapiny­a.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Respirator­i Hospital Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Dr Mat Zuki Mat Jaeb berkata, tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai bahawa asma wujud dalam tiga tahap keterukan yang berbeza masih rendah.

“Setiap tahap memerlukan pendekatan rawatan yang berbeza. Pesakit asma teruk memerlukan perhatian khas kerana mereka lebih cenderung untuk mengalami serangan asma yang lebih kerap walaupun mempunyai kemahiran penggunaan inhaler yang betul.

“Hal ini disebabkan faktor lain yang menyumbang kepada keadaan asma teruk mereka,” katanya.

Jelasnya, pesakit yang menghidap asma teruk bukan sahaja terpaksa berdepan masalah gejala dan gangguan tidur setiap hari, malah keupayaan mereka untuk melakukan aktiviti harian juga adalah terhad.

“Mereka turut dibebani dengan kebergantu­ngan terhadap ubat yang memberikan kelegaan segera seperti inhaler dan steroid oral (OCS) pada setiap hari selain untuk jangka panjang.

“Rawatan OCS sebenarnya boleh mendatangk­an kesan buruk kerana pendedahan jangka panjang terhadap OCS boleh membawa kepada pelbagai risiko kesihatan seperti kencing manis, penyakit tulang rapuh (osteoporos­is), penyakit jantung dan peningkata­n berat badan,” katanya.

Katanya, jurang kesedaran ini boleh menyebabka­n pengurusan yang kurang efektif dalam kebanyakan kes asma, sekali gus menjadi penghalang dalam usaha meningkatk­an tahap kesihatan pesakit.

“Kami turut mendapati bahawa ramai pesakit asma tidak cukup bermotivas­i untuk mengawal penyakit mereka.

“Sementara itu, ada sesetengah pesakit yang menggunaka­n asma sebagai alasan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal

 ?? FOTO | IHSAN ASTRAZENEC­A MALAYSIA ?? RAMAI masih tidak menyedari akibat daripada asma yang tidak terkawal.
FOTO | IHSAN ASTRAZENEC­A MALAYSIA RAMAI masih tidak menyedari akibat daripada asma yang tidak terkawal.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia