Harian Metro

MISI BALAS DENDAM

Skuad Klopp masih lagi terasa pedih kekalahan di Kyiv

-

Paris

Skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool mahu menamatkan musim gemilang mereka dengan membalas dendam kekalahan pada 2018 di tangan Real Madrid apabila kedua-dua pasukan sekali lagi bertembung pada final Liga JuaraJuara di Paris awal pagi esok.

Namun ia bukanlah tugas mudah apabila gergasi Sepanyol itu turut memburu gelaran Piala Eropah ke-14. Liverpool pula mara ke final ketiga Liga Juara-Juara dalam tempoh lima musim selepas tewas 1-3 kepada Real di Kyiv.

Mereka kemudianny­a mengatasi cabaran Tottenham Hotspur di Madrid setahun selepas itu dan kini dianggap pasukan pilihan di Stade de France untuk muncul Raja Eropah buat kali ketujuh.

Pencapaian itu akan meletakkan mereka sebaris dengan AC Milan dengan hanya pencabar mereka pada Ahad ini yang meraih trofi lebih banyak selain membolehka­n Liverpool menamatkan kempen dengan tiga kejuaraan selepas menjulang Piala Liga dan Piala FA.

"Memenangi trofi, tiada lain yang lebih seronok daripada itu," akui pemain Liverpool, Andy Robertson.

Hasrat memburu empat trofi musnah pada saat akhir apabila skuad Klopp hanya dipisahkan satu mata di belakang Manchester City dalam pemburuan gelaran Liga Perdana.

"Tanpa Liga Juara-Juara, ia tetap musim yang cemerlang tetapi menjulangn­ya akan menjadikan musim lagi hebat," kata Klopp.

Skuad Klopp masih lagi terasa pedih kekalahan di Kyiv apabila Mohamed

Salah terpaksa dikeluarka­n akibat kecederaan pada babak pertama selain aib dicipta Lorius Karius ketika mengawal gawang manakala magis Gareth Bale membolehka­n Real muncul juara.

"Saya fikir ia masa untuk membalas dendam," kata Salah yang meledak 31 gol musim ini.

Final pada awal pagi esok yang ketiga membabitka­n kedua-dua kelab yang turut bertemu di Paris pada 1981 menyaksika­n kelab Inggeris itu muncul juara hasil jaringan Alan KenParc nedy di des Princes.

Saya turut melakukan kerja rumah mengenai pemain Liverpool yang bakal mengambil sepakan penalti”

Thibaut Courtois

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia