Harian Metro

PENYUDAH MINTAH DITAGIH

TFC II tuntut penyerang utama lebih tajam ketika bertemu skuad Projek FAM-MSN

- Oleh Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Pengendali Terengganu FC II (TFC II), Badrul Afzan Razali menuntut penyerang utamanya, Jordan Mintah agar lebih tajam di depan gawang skuad Projek FAM-MSN apabila dua pasukan itu bertembung pada aksi Liga Perdana di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Bekas pemain tengah Terengganu itu berkata, beliau mahukan penyerang kelahiran Ghana itu mengulangi pencapaian musim lalu muncul penjaring terbanyak Liga Perdana selepas meledak 16 gol.

Bagaimanap­un jurulatih meningkat naik berusia 46 tahun itu menasihati Mintah dan rakan sepasukann­ya agar berwaspada dengan ancaman pemain muda skuad kendalian Hassan Sazali Waras itu bagi mengelak terperangk­ap.

“Atas kertas sudah pasti kelebihan kepada pasukan kami berbanding lawan terutama dengan kombinasi pemain import dan tempatan, namun dalam bola sepak apa-apapun boleh berlaku.

“Jadi saya harapkan pemain tidak terlalu yakin sebaliknya perlu beraksi seperti biasa mengikut perancanga­n jurulatih bagi memastikan tiga mata memihak kepada kami pada aksi terakhir pusingan pertama Liga Perdana itu.

“Saya juga meletakkan harapan tinggi agar penyerang utama, Mintah lebih tajam dan mampu memburu jaringan awal bagi menyuntik lagi semangatny­a dan rakan sepasukan beraksi, lagipun dia perlu buktikan kelibatnya di depan digeruni pasukan lawan sekali gus mengintai peluang kedua muncul penjaring terbanyak sebagaiman­a musim lalu,” katanya.

Setakat ini Mintah baharu meledak lima gol daripada lapan perlawanan termasuk dua jaringan ketika pasukannya membelasah Kuching City FC (KCFC), 5-1 di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak, Selasa lalu.

Ketika ditanya adakah bakal berlaku rombakan dalam kesebelasa­n utama pasukannya, Badrul menjelaska­n tidak banyak perubahan bakal dilakukann­ya kerana gembira dengan prestasi pemain ketika menumpaska­n KCFC sebelum ini.

“Kami akan menggunaka­n khidmat pemain sama sebagai mana ketika berdepan KCFC, cuma ada satu dua sahaja perubahan bakal dilakukan bagi memantapka­n lagi persembaha­n mereka.

“Saya harapkan momentum kemenangan dapat diteruskan untuk mengutip tiga mata walaupun sedar skuad lawan pasti juga mahu kejayaan kerana beraksi di tempat mereka,” katanya.

Atas kertas sudah pasti kelebihan kepada pasukan kami berbanding lawan terutama dengan kombinasi pemain import dan tempatan”

Badrul Afzan Razali

 ?? ?? MINTAH (kanan) ketika aksi menentang JDT II.
MINTAH (kanan) ketika aksi menentang JDT II.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia