Harian Metro

Poad mahu kuartet beraksi di Sukan Komanwel

-

Kuala Lumpur: Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim berharap kuartet 4x100 meter (m) Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar Ismail, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Muhammad Haiqal Hanafi diberi peluang beraksi di temasya Komanwel di Birmingham Julai ini.

Mereka mempamerka­n aksi cemerlang di temasya Sukan Sea Hanoi baru-baru ini apabila mempertaha­nkan pingat perak dengan catatan 39.09 saat (s).

Keputusan itu turut menyaksika­n kuartet lelaki melebur rekod kebangsaan yang dicatat pada Sukan Sea 2017 dengan catatan 39.27s dan ia membuktika­n semua pelari negara itu mempunyai potensi besar sekiranya diberi lebih banyak pendedahan di peringkat antarabang­sa.

Tegas Poad, beliau yakin barisan pelumba negara itu mempunyai potensi cerah pada masa hadapan sekiranya bakat mereka terus digilap dan dikekalkan sebagai satu pasukan.

Untuk rekod, ia bukan kali pertama Poad mencipta sensasi melahirkan pelari pecut negara dan beliau sebelum ini turut mencipta sejarah membawa kuartet 4x100m layak beraksi di pentas final Komanwel buat kali pertama ketika temasya itu berlangsun­g di Gold Coast, Australia pada 2018.

“Saya harap, semua mereka dapat dikekalkan sebagai satu pasukan dan perlu diberi peluang menyertai Sukan Komanwel.

“Catatan 39.09s, 0.09s melepasi syarat kelayakan jadi barisan kuartet yang baru ditubuhkan itu wajar diberi peluang menyertai kejohanan lebih kompetitif.

“Pada 2018, saya cipta sejarah bawa pasukan berganti-ganti ini mara ke final dan kali ini saya harap keempat-empat pelari ini perlu diberi peluang sama,” katanya.

Tegas Poad, Arsyad, Zulfiqar, Azeem dan Haiqal baru disatukan sebagai satu pasukan dan hanya sempat berlari bersama di dua kejohanan sebelum temasya Sukan Sea Hanoi iaitu Kuala Lumpur All Comers dan Terbuka Singapura dengan kejayaan menghadiah­kan emas di Singapura dengan catatan 39.66s.

“Dalam acara relay ini keserasian sangat penting dan mereka buktikan mereka ada aura itu.

“Jadi saya rasa mereka tak perlu dipecahkan, cuma yang penting terus kekal sebagai satu pasukan dan diberi banyak peluang,” katanya.

Pada temasya Komanwel Gold Coast, kuartet negara yang ketuai Khairul Hafiz Jantan, Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa dan Badrul Hisham Abd Manap mara ke pentas akhir dan menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan catatan masa 39.37s.

Pada temasya itu, England meraih emas dengan catatan 38.13s, Afrika Selatan memungut perak sementara Jamaica, gangsa.

“Dalam acara relay keserasian sangat penting dan mereka ada aura itu Mohd Poad

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia