Harian Metro

Kekal fokus, pamer persembaha­n terbaik

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Ketika barisan kejurulati­han berhasrat membawa skuad bawah 23 (B-23) tahun layak ke suku akhir Piala Asia B-23 di Uzbekistan bulan depan, sebaliknya keinginan lebih tinggi ditanam oleh pemain muda negara.

Ketua pasukan B-23, Mukhairi Ajmal mengakui dia mahu melihat skuad negara mara sejauh mungkin dalam kempen Piala Asia nanti dengan sasaran peribadi untuk layak ke separuh akhir.

Katanya, misi itu tidak mustahil dan tonggak tengah berkenaan percaya ia mampu dicapai berdasarka­n persiapan yang sudah dilalui termasuk beraksi di saingan Sukan Sea di Hanoi, Vietnam sebelum ini.

Menurutnya, walaupun gagal di Hanoi, tempoh persiapan ke temasya itu singkat dan senario itu nyata berbeza ketika ini, di mana skuad kendalian Brad Maloney dilihat lebih bersedia.

“Pada kejohanan Sukan Sea kita kekurangan masa, jadi ia dijadikan sebagai latihan untuk persiapkan diri untuk kejohanan seterusnya (Piala Asia B-23). Saya yakin kami akan berikan aksi persembaha­n yang lebih baik selepas ini.

“Selepas pulang dari Sukan Sea, ketua jurulatih ada beri cuti sehari untuk pemain berjumpa dengan keluarga dan ia menaikkan lagi semangat pemain.

“Jadi ketika ini kami dalam keadaan baik untuk turun beraksi dan saya berharap kami dapat melepasi peringkat kumpulan dan layak sekurang-kurangnya ke separuh akhir kerana saya yakin kami mampu melakukann­ya,” katanya.

Mukhairi yang juga arkitek tengah bagi pasukan Selangor FC dalam saingan Liga Malaysia menyeru rakan sepasukan berikan aksi terbaik di Piala Asia itu kelak. Jelasnya, bukan mudah beraksi di pentas tertinggi itu dan ini peluang keemasan pemain menunjukka­n bakat dan kebolehan di mata pihak luar.

Skuad Harimau Muda dijadual berdepan tugas sukar di Uzbekistan apabila diundi dalam Kumpulan C dengan juara bertahan, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak mahu kisah di Sukan Sea Hanoi terus membayangi pemain skuad B-23 sebaliknya kembali bersedia dengan misi sebenar dalam saingan Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun ini.

Hamidin yang mengadakan pertemuan dengan anak buah Brad Maloney itu semalam, turut menyuaraka­n keyakinan skuad muda negara mampu melakar keputusan baik andai mereka kekal fokus dan mempamerka­n kesungguha­n tinggi dalam perlawanan. “Saingan Piala Asia B-23 2022 misi sebenar skuad muda negara ini selepas menggalas cabaran di Sukan Sea Hanoi.

“Jangan cepat berpuas hati, pemain kena berikan aksi lebih baik. Mereka perlu kekal fokus dan tidak perlu tertekan kerana kita sedar kejohanan pentas Asia ini lebih mencabar.

“Berdepan juara bertahan Korea Selatan dan dua pasukan musuh serantau Thailand dan Vietnam dalam saingan Kumpulan C bukan mudah namun itu tidak bermakna kita tidak ada peluang.

“Jadi terpulang kepada pemain untuk menyahut cabaran ini. Saya berharap mereka akan berjuang habis-habisan hingga titisan keringat yang terakhir,” katanya dalam amanat yang disampaika­n dalam pertemuan itu.

Skuad Harimau Malaya B-23 akan berlepas ke Tashkent pada Ahad ini sebelum memulakan kempen Kumpulan C berdepan Korea Selatan pada 2 Jun diikuti Thailand (5 Jun) dan Vietnam (8 Jun).

Untuk rekod, pencapaian cemerlang skuad B-23 dalam saingan itu adalah pada 2018, di mana pasukan negara yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee ketika itu berjaya mara hingga ke suku akhir sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan.

Skuad Harimau Muda dalam kumpulan C bersama Korea Selatan, Thailand dan Vietnam

“Saya harap mereka berjuang habis-habisan hingga titisan keringat terakhir Hamidin Mohd Amin

 ?? ?? HAMIDIN (kiri) bertemu dan berbincang dengan pemain skuad bawah 23 supaya fokus ke perlawanan Piala Asia B-23 bulan depan.
HAMIDIN (kiri) bertemu dan berbincang dengan pemain skuad bawah 23 supaya fokus ke perlawanan Piala Asia B-23 bulan depan.
 ?? ?? PAN-gon
PAN-gon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia