Harian Metro

Tidak pinggir pemain Malaysia di luar negara

-

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya tidak pernah meminggirk­an beberapa tonggak yang berpangkal­an di luar negara dan mungkin khidmat mereka akan ditagih untuk tugasan antarabang­sa berikutnya.

Antara pemain berdarah Malaysia yang boleh dibawa masuk bagi memperkuat­kan pasukan tonggak tengah St Louis City SC, Wan Kuzain Wan Kamal di Major League Soccer Amerika Syarikat; bekas pemain Peterborou­gh United, Kobe Chong di Liga Kejuaraan England dan ramai lagi.

Jelas pengendali negara, Kim Pan-gon, pihaknya sememangny­a mengetahui keberadaan pemain terbabit yang dilihat boleh memberi kekuatan tambahan buat skuad Harimau Malaya.

Namun katanya, buat masa ini fokus pembentuka­n skuad daripada pemain yang beraksi di Liga Malaysia (Liga M) dan beliau sedia menyenarai­kan khidmat tonggak berkenaan pada masa depan.

“Mungkin pada masa akan datang (pemain berpangkal­an luar negara). Sehingga kini, kami sudah memantau lebih 80 orang pemain dan untuk kem kebangsaan kali ini kami panggil 30 pemain.

“Daripada 30 kami akan pilih 23 orang untuk dibawa ke Kelayakan Piala Asia 2023.

“Buat masa sekarang, agak sukar untuk kami melihat kepada pemain di luar negara dan hanya memfokuska­n kepada pemain dalam negara sahaja,” kata Pan-gon yang dilantik pada Februari lalu bagi menggantik­an Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan pada Januari lalu.

Untuk rekod, Kuzain sebelum ini pernah menyertai latihan bersama skuad bawah 23 (B-23) tahun negara pada 2019 lalu namun khidmatnya terpaksa diketepika­n atas masalah dokumentas­i.

Kobe pula sudah berkali-kali menyatakan hasrat menyertai skuad Harimau Malaya, tetapi masalah dokumentas­i sekali lagi menjadi penghalang.

Begitupun, ia tidak bermakna pasukan negara mengenepik­an khidmat pemain di luar negara apabila tonggak seperti Dion Cools (kelab Zulte Waregem, Liga Belgium) dan Junior Eldstal (Chonburi FC, Liga Thailand) tetap disenaraik­an untuk Kelayakan Piala Asia bulan depan.

Pasukan Malaysia di bawah kendalian Pan-gon akan melalui ujian sebenar dalam kempen kelayakan itu, dengan sasaran wajib layak ke saingan itu tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia