Harian Metro

Penampilan khas Zakiah dapat reaksi positif penonton TV3

-

Kuala Lumpur: “Perkataan pertama keluar dari mulut dia pun dah sedap. Memang betul ‘otai’ masih berbisa.”

Itu antara komen warganet kepada bekas personalit­i TV3, Zakiah Anas apabila diberi peluang menjadi penyampai berita Buletin Utama bersempena sambutan ulang tahun ke-38 stesen TV3 pada 1 Jun ini.

Zakiah antara 12 ikon penyiaran TV3 yang juga pernah menjadi penyampai berita stesen itu membuat kemunculan istimewa pada program berita nombor satu negara bermula Khamis lalu hingga 1 Jun ini.

Zakiah berkata, dia yang diberi peluang membuka tirai dan berpasanga­n dengan penyampai berita generasi baharu iaitu Khairul Rizuan Azizan menyifatka­n ia satu sejarah.

“Melakar sejarah. Siapa sangka selepas lebih 20 tahun tidak ke udara sebagai penyampai berita, saya diberi peluang duduk kembali di set Buletin Utama menggalas tugas menyampaik­an maklumat berita semasa untuk penonton setia TV3.

“Alhamdulil­lah segalanya berjalan lancar. Terima kasih rakan penyampai Khairul Rizuan Azizan, anda sangat berbakat, ada pakej lengkap sebagai penyampai berita yang baik. Banyak membantu kurangkan gemuruh saya.

“Dan yang paling saya terharu sambutan dan reaksi serta komen positif daripada penonton. Terima kasih yang tidak terhingga. Sayang anda semua,” katanya.

Pada masa sama, Zakiah yang juga bekas pengacara program 999 mengambil kesempatan merakamkan terima kasih pada TV3 atas peluang berharga itu.

“Ini takkan saya lupakan sampai bila-bila. Syabas dan terima kasih Mior Abdul Malek yang juga penyampai Buletin Utama yang mencadangk­an idea ini. Terima kasih kru penerbitan Buletin Utama, terutama penerbit Norliza Mohd Zin. Mereka semua sangat hebat.

“Terima kasih pada kawan-kawan, keluarga, kakak-kakak dan abang terutama suami tercinta dan anak-anak, terima kasih atas sokongan. Jika abah masih ada dia insan paling teruja bila saya keluar TV,” katanya.

 ?? ?? ZAKIAH menyampaik­an berita di Buletin Utama bersama Khairul Rizuan.
ZAKIAH menyampaik­an berita di Buletin Utama bersama Khairul Rizuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia