Harian Metro

JENTERA LASAK RANGGI

Aprilia Tuareg dan SR GT serlah gaya kembara lasak

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Dua model segmen berbeza, namun dengan konsep yang sama diperkenal­kan untuk pasaran tempatan baru-baru ini.

Ia membabitka­n Aprilia Tuareg sebagai jentera enduro dan SR GT dalam segmen skuter lasak urban.

Aprilia Tuareg yang semakin mendapat perhatian dalam pasaran direka bagi memenuhi keperluan penunggang jentera lasak.

Ia adalah kesinambun­gan model RS 660 dan Tuono 660 yang diperkenal­kan pada 1985.

Model terkini ini dikuasakan enjin 659cc, dua silinder selari DOHC.

Ia menjana 80 kuasa kuda dan tork 70Nm dipadankan dengan gear enam kelajuan sistem klac basah multiplat dan slipper.

Posisi menunggang­nya selesa dan ia sesuai sama ada untuk menjelajah laluan lasak atau menunggang di jalan raya.

Motosikal seberat 204 kilogram ini datang dengan roda hadapan bersaiz 21 inci dan roda belakang bersaiz 18 inci.

Tangki bahan apinya mampu memuatkan 18 liter petrol selain datang dengan brek hadapan dan belakang Brembo.

Untuk pasaran Malaysia, Aprilia Tuareg dijual pada harga RM75,900.

Skuter Aprilia SR GT

200 yang diperkenal­kan di Pameran Motosikal

Milan (EICMA 2021) pula bercirikan kompak dan sesuai bagi kegunaan harian serta gaya enduro.

Ia dijana enjin 174cc, i-get silinder tunggal dan gear automatik (CVT), SOHC menjana kuasa 17.4 kk dan tork 16.5Nm.

Skuter ini juga dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang serta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran.

Enam pilihan warna ditawarkan iaitu hitam, biru, kelabu street, kelabu sport iridium, emas dan merah.

Aprilia SR GT dijual pada harga RM19,900 (standard) dan RM20,900 (Sport).

 ?? ?? TUNGGANG uji media.
TUAREG 660.
TUNGGANG uji media. TUAREG 660.
 ?? ?? SR GT 200.
SR GT 200.
 ?? ?? PENGURUSAN tertinggi Didi Group ketika pelancaran.
PENGURUSAN tertinggi Didi Group ketika pelancaran.
 ?? ?? PANEL meter digital penuh Tuareg.
PANEL meter digital penuh Tuareg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia