Harian Metro

Sembilan pemain tampil dalam Kejohanan FIH Hoki Lima Sebelah

-

Kuala Lumpur: Sembilan pemain bakal membuat penampilan dalam kejohanan julung kalinya diperkenal­kan oleh Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) iaitu Kejohanan FIH Hoki Lima Sebelah (5’s) Lausanne 2022 yan bermula pada 4 dan 5 Jun depan.

Pencapaian Malaysia merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik Remaja 2018 di Argentina dan pembanguna­n Hoki 5’s di Malaysia antara faktor yang dilihat sebagai penyumbang kepada FIH mengundang Malaysia mengambil bahagian dalam kejohanan edisi sulung itu.

Lima pasukan lelaki akan berentap bagi merebut gelaran juara bagi kategori tersebut di mana Malaysia akan berentap bersama tuan rumah Switzerlan­d, Poland, Pakistan dan India. Sementara bagi kategori wanita, Poland, Switzerlan­d, India, Uruguay dan Afrika Selatan akan bersaing bagi merebut gelaran juara sulung kejohanan berkenaan.

Menurut pengurus pasukan 5’s negara yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Hoki 5’s dan Prestasi Tinggi Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Hasnizam Hassan, sembilan pemain dipilih untuk mewakili negara ke kejohanan itu nanti selepas sesi pemilihan dan latihan dijalankan sebelum ini.

“Kami menyenarai­kan pemain yang akan ke Lausanne di mana enam daripada mereka pernah bermain di Sukan Olimpik Remaja sementara dua daripada skuad Projek Khas Lelaki yang sedang menjalani latihan untuk menghadapi Kejohanan Piala Dunia Remaja 2023 manakala seorang lagi pemain bekas pemain kebangsaan,” jelasnya.

Sementara itu Ketua Jurulatih 5s negara, Megat Azrafiq Megat Termizi tidak mahu meletakkan sasaran yang tinggi meskipun Malaysia dilihat sebagai salah satu pasukan pilihan dan mahu menumpukan satu perlawanan demi satu perlawanan.

 ?? ?? PRESIDEN MHC, Datuk Seri Subahan Kamal (tengah) bersama skuad hoki 5's negara.
PRESIDEN MHC, Datuk Seri Subahan Kamal (tengah) bersama skuad hoki 5's negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia