Harian Metro

TUMPU UJIAN MASA 1 KILOMETER

Fadhil tekad pertahan kejuaraan dimenangin­ya tahun lalu

- Oleh Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Walaupun gagal untuk meraih emas dalam acara keirin kelmarin di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan, pelumba negara, Fadhil Zonis mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam acara kegemarann­ya, satu kilometer (km) ujian masa yang berlangsun­g hari ini di Velodrom Nasional, Nilai.

Menurut pelumba kelahiran Selangor itu, dia memang bertekad mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangin­ya tahun lalu walaupun sedar bakal mendapat cabaran sengit daripada pelumba muda.

“Sasaran saya dalam acara ini untuk mengekalka­n jersi (kejuaraan) tahun lalu. Ia membuatkan saya lebih bersemanga­t apabila ada pencabar seperti Ridwan Sahrom, Amar Danial Masri dan Ahmad Safwan Ahmad Nazeri. Ia satu pertanding­an sihat buat saya,” katanya ketika ditemui semalam.

Fadhil yang juga pemegang rekod kebangsaan dalam acara berkenaan iaitu 1 minit 00.305 saat, mengakui setiap lawannya itu sentiasa bersaing sesama sendiri untuk cuba melakukan yang terbaik dalam kejohanan kali ini.

“Kami sentiasa berlatih bersama-sama dan saya melihat mereka mampu menjadi pencabar yang bagus dalam acara ini. Ia membuatkan motivasi kami sesama sendiri sentiasa meningkat. Saya juga boleh tahu kemampuan mereka setakat mana. Saya gembira melihat mereka hadir memberi tentangan kepada kami pelumba senior.

“Ini juga persiapan yang baik untuk saya menjelang Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dan juga Sukan Komanwel,” kata Fadhil yang bakal membuat penampilan kedua di Sukan Komanwel selepas menduduki tempat ke-11 keseluruha­n acara berkenaan di Gold Coast empat tahun lalu.

Ditanya sama ada dia mahu memecahkan rekod kebangsaan yang dipegangny­a, pelumba berusia 25 tahun itu berkata, dia tidak memikirkan sangat mengenai perkara itu kerana sistem catatan masa elektronik dan blok permulaan tidak digunakan di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan.

“Tengok apa yang terbaik boleh saya lakukan esok (hari ini), jika ada semua benda (sistem catatan masa elektronik dan blok permulaan) barulah saya boleh melihat kepada hasrat untuk memecahkan rekod kebangsaan,” katanya yang meraih keirin kelmarin selepas tumpas kepada Shah Firdaus Sahrom.

Fadhil juga mengakui masih belum pasti disenaraik­an ke ACC yang berlangsun­g di India dari 18 hingga 22 Jun depan kerana gusar mengenai jangkitan Covid-19 tatkala selepas itu perlu mempersiap­kan diri untuk Komanwel di Birmingham (28 Julai hingga 8 Ogos).

Fadhil memegang rekod kebangsaan dengan catatan masa iaitu 1 minit 00.305 saat

 ?? ?? FADHIL gagal untuk meraih emas dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan.
FADHIL gagal untuk meraih emas dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia