Harian Metro

SENANG-SENANG KAUT RM2 JUTA!

Warga asing dalang sindiket selindung di sebalik syarikat agensi pekerjaan haram, tawar pengambila­n pekerja asing

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Anis Syuhada Mohd Rosli am@hmetro.com.my

Berselindu­ng di sebalik syarikat agensi pekerjaan haram dan menawarkan pengambila­n pekerja asing melalui program Rekalibras­i Tenaga Kerja (RTK) antara modus operandi digunakan sindiket didalangi warga Bangladesh.

Malah, kebanyakan pelanggan sindiket ini mendaftar program berkenaan bagi memudahkan mereka mendapatka­n pekerjaan di Malaysia.

Taktik itu dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas menumpaska­n rangkaian sindiket penipuan RTK itu yang sudah mengaut keuntungan lebih RM2 juta dalam satu operasi khas dijalankan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor, Rabu lalu.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas berjaya menahan enam individu terdiri daripada dua pasangan suami isteri warga Bangladesh dan dua pekerja mereka berusia 36 hingga 52 tahun.

Menurutnya, serbuan pertama di sebuah premis Jalan Lumut, Kuala Lumpur menahan lelaki pemegang pemastauti­n tetap (MyPR) berusia 42 tahun dan isterinya warga tempatan yang disyaki menjalanka­n aktiviti berkenaan menggunaka­n syarikat pembinaan serta agensi pekerjaan haram. “Berdasarka­n semakan, lelaki warga asing itu yang juga dalang utama sindiket masuk ke negara ini sejak 2010 dan berkahwin dengan wanita tempatan serta mendapat status MyPR pada 18 Februari 2015.

“Hasil risikan pegawai operasi selama dua bulan mendapati syarikat pembinaan dijalankan suspek beroperasi pada 2014 dan disyaki menjalanka­n aktiviti ejen menguruska­n permohonan pekerja asing kira-kira dua tahun lalu dengan mengenakan bayaran antara RM3,500 dan RM4,200 bagi setiap permohonan,” katanya pada sidang media di Bahagian Perisikan dan Operasi JIM di sini, semalam.

Dalam operasi kedua hari sama, Khairul berkata, pasukan memeriksa sebuah premis dipercayai menjalanka­n aktiviti sama di Pandan Cahaya, Ampang dan menahan seorang wanita tempatan yang juga pemilik syarikat pembinaan berusia 36 tahun serta dua lelaki warga Bangladesh disyaki perantara.

Beliau berkata, siasatan mendapati wanita terbabit berkahwin dengan lelaki warga Bangladesh berusia 36 tahun yang mempunyai pas lawatan sosial jangka panjang dan disyaki turut terbabit sindiket sama.

“Pemeriksaa­n di kedua-dua lokasi merampas 488 pasport antarabang­sa terdiri daripada 457 pasport Bangladesh, masing-masing lapan pasport Indonesia,

India dan Pakistan, Myanmar (6) serta Nepal (1).

“Turut dirampas 12 cop syarikat, dua set komputer dan wang tunai berjumlah RM38,308 yang dipercayai hasil keuntungan daripada aktiviti berkenaan,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n jumlah pasport dan tempoh beroperasi, sindiket ini dipercayai sudah mengaut keuntungan melebihi RM2 juta melalui caj yang dikenakan ke atas pekerja asing yang menjadi pelanggan mereka.

Kata beliau, kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

“Sindiket kenakan bayaran antara RM3,500 dan RM4,200 Khairul Dzaimee

 ?? ?? KHAIRUL Dzaimee (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas dari sindiket agensi pekerjaan haram didalangi pemegang MyPR di Putrajaya, semalam. - Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
KHAIRUL Dzaimee (tengah) menunjukka­n barangan yang dirampas dari sindiket agensi pekerjaan haram didalangi pemegang MyPR di Putrajaya, semalam. - Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia