Harian Metro

Pencemaran bau, tiga LRA di Selangor berisiko henti tugas

-

Shah Alam: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memaklumka­n ada insiden pencemaran bau seakan-akan diesel hingga tiga ton dikesan di Stesen Pemantau Sungai Seksyen 3, Bangi, pada jam 11.15 pagi kelmarin yang berisiko menyebabka­n tiga loji rawatan air (LRA) dihentikan operasi.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelanconga­n, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian dalam kenyataan berkata, Op Sumber Air Negeri Selangor dikendalik­an Luas bersama agensi seperti Suruhanjay­a Air Negara (Span) dan Air Selangor mengaktifk­an siasatan ke beberapa lokasi bagi mengenal pasti punca pencemaran terbabit.

“Luas sudah mengaktifk­an Kod Kuning berdasarka­n Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh ke kawasan terbabit di hulu muka sauk yang berisiko menyebabka­n henti tugas LRA Semenyih 2, LRA Bukit Tampoi dan LRA Labohan Dagang.

“Anggaran jarak lokasi pencemaran ke tiga muka sauk LRA Semenyih 2 adalah 6.63 kilometer (km); LRA Bukit Tampoi (18 km) dan LRA Labohan Dagang (31.9 km),” katanya.

Beliau berkata, Luas sudah menjalanka­n siasatan di beberapa lokasi di Sungai Balak dan ujian pensampela­n bau mencatatka­n bau sehingga dua ton manakala di Sungai Sekamat serta di kawasan hulu Sungai Hulu, tiada penemuan berkaitan pencemaran bau dikesan.

Katanya, hingga jam 5 petang kelmarin, tiada lagi kesan bau seakan-akan minyak di sekitar Sungai Balak.

“Dalam pada itu, Luas juga menjalanka­n pemantauan statik dan pensampela­n di sekitar Jambatan Kampung Teras Jernang dan pensampela­n ujian bau dijalankan setiap 30 minit,” katanya.

Hee berkata, bacaan yang diperoleh adalah sekitar dua ton dan sehingga jam 9 malam kelmarin tiada sebarang pencemaran dikesan di kawasan muka sauk LRA.

Beliau berkata, Luas dan Air Selangor masih lagi menjalanka­n siasatan punca pencemaran bau itu dan kekerapan pensampela­n bau Luas di Sungai Langat juga dipertingk­atkan daripada satu jam kepada 30 minit bagi memantau rapi status semasa air sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia