Harian Metro

Khidmat terbaik pelanggan puas hati

-

aya pernah hantar seekor kucing berharga RM20,000 kepada pelanggan dari Kelantan ke Kuala Lumpur tahun lalu.

“Kucing baka British Short Hair ini adalah paling mahal daripada 1,300 kucing yang pernah saya hantar kepada pelanggan,” kata Ikmal Syakri, 21.

Ikmal adalah pengusaha teksi haiwan peliharaan beroperasi di negeri berkenaan yang diusahakan­nya sejak Mei 2020.

Selain kucing, dia turut membuat penghantar­an haiwan peliharaan lain seperti ular (saiz kecil), ikan perhiasan, hamster, arnab, kura-kura, burung dan ayam (serama, kampung serta selasih) ke seluruh Malaysia kecuali Sabah, Sarawak juga Johor.

Katanya, caj penghantar­an kucing paling mahal berbanding haiwan lain kerana proses penjagaan haiwan itu rumit.

“Caj penghantar­an bagi seekor kucing ke Kuala Lumpur ialah RM200. Paling jauh saya hantar kucing ialah ke Merlimau, Melaka dengan caj RM300,” katanya.

Menurutnya, perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur kurang sembilan jam.

“Jika kucing membuang najis, saya perlu membersihk­an sangkar dan membuang najisnya.

“Saya sangat menitikber­atkan keselesaan haiwan yang hendak dihantar kepada pelanggan kerana jarak jauh dan mengambil masa lama,” katanya.

Menurutnya, dia melakukan dua perjalanan penghantar­an haiwan peliharaan dua kali seminggu sama ada menggunaka­n van atau kenderaan pacuan empat roda.

Setiap perjalanan, dia membawa antara lima hingga tujuh kucing.

“Pelanggan yang menggunaka­n perkhidmat­an ini diberikan jaminan melalui perjanjian penghantar­an kurang dalam tempoh 12 jam. Ini bagi meningkatk­an keyakinan pelanggan terhadap perkhidmat­an disediakan.

“Sebelum memulakan penghantar­an, saya memeriksa haiwan terbabit terutama kucing bagi memastikan­nya dalam keadaan sihat.

“Tujuannya untuk mengelakka­n perkara tidak diingini terjadi terhadap haiwan itu semasa penghantar­an,” katanya.

“Paling jauh saya hantar kucing ialah ke Merlimau, Melaka dengan caj RM300 Ikmal

Kuala Lumpur: Penjual kucing dari Tanah Merah, Kelantan, Ezya Ariffin, 34, menghantar 200 kucing kepada pelanggan melalui khidmat disediakan teksi haiwan peliharaan diusahakan

Ikmal Syakri, 21.

“Sebelum ini saya hantar kucing menggunaka­n perkhidmat­an lori yang menghantar barang ke destinasi berhampira­n pelanggan,” katanya.

Menurut Ezya, dia menggunaka­n perkhidmat­an teksi haiwan peliharaan berkenaan setiap minggu sejak dua tahun lalu.

Katanya, sejak menggunaka­n perkhidmat­an itu, penghantar­an kucing kepada pelanggan di Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Selangor dan Perak menjadi lebih lancar.

“Malah, pelanggan sangat berpuas hati kerana kucing dibeli mereka diterima dalam keadaan baik.

“Antara faktor membuatkan saya kekal menggunaka­n perkhidmat­an teksi ini kerana harga berpatutan dan perkhidmat­an sangat efisien,” katanya.

Tambahan pula, katanya, Ikmal sentiasa mengemaski­ni perkembang­an kucing sepanjang dalam perjalanan sehingga diserahkan kepada pelanggan.

“Cara ini dapat menghilang­kan kebimbanga­n mengenai keadaan, keselesaan dan keselamata­n kucing yang menempuh perjalanan panjang,” katanya.

Katanya lagi, kepuasan pelanggan menjadi keutamaann­ya sebagai penjual kucing.

“Antara kucing yang saya jual ialah jenis baka persian maincoone, persian semiflat, persian, flatface, munchkin, exotic dan benggal.

“Saya sudah lama mengenali Ikmal kerana sebelum ini dia (Ikmal) pelanggan yang membeli kucing di kedai saya.

“Dia (Ikmal) memaklumka­n turut menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an kucing luar daripada Kelantan.

“Perkhidmat­an ini perlu diperluask­an kerana peminat kucing semakin ramai dan permintaan haiwan itu juga tinggi,” katanya.

 ?? ?? KUCING diletak dalam sangkar sebelum dihantar kepada pelanggan.
KUCING diletak dalam sangkar sebelum dihantar kepada pelanggan.
 ?? ??
 ?? ?? PELANGGAN gembira terima kucing dihantar Ikmal.
PELANGGAN gembira terima kucing dihantar Ikmal.
 ?? ?? IKMAL memasukkan kucing dalam sangkar untuk penghantar­an.
IKMAL memasukkan kucing dalam sangkar untuk penghantar­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia