Harian Metro

Tenaga kerja sektor pembinaan terjejas

-

Sibu: Kenaikan harga buah tandan segar (BTS) susulan peningkata­n ketara harga minyak sawit mentah (MSM) menjejaska­n tenaga kerja dalam sektor lain, terutamany­a pembinaan.

Ia berikutan ramai pekerja beralih ke sektor perladanga­n sawit yang menawarkan gaji lebih tinggi ketika harga BTS sedang melonjak.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo turut mengalami kesannya apabila kontraktor kini menghadapi masalah kekurangan pekerja susulan tawaran gaji lebih menarik sektor perladanga­n sawit.

Justeru, katanya, sektor pembinaan kini perlu melakukan sesuatu untuk memastikan pekerja kekal.

“Apabila harga sawit sekarang begitu baik, pengusaha ladang memerlukan pekerja untuk buah sawit.

“Buah kelapa sawit jika tidak dipetik segera, nilainya akan menurun, sebab itu mereka (pengusaha) sanggup membayar upah tinggi,” katanya.

Beliau yang mengetuai Jelajah FTRoadpedi­a Sarawak bersama pegawai kanan Kementeria­n Kerja Raya memetik

(KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berkata demikian kepada media di tapak projek jejambat Selangau di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, dalam sektor pembinaan, tangga gaji atau bayaran harian pekerja bergantung dengan tahap kemahiran mereka.

“Sebab itu pekerja yang kurang mahir beralih ke sektor perladanga­n yang menawarkan gaji lebih baik. Masalah ini bukan sahaja berlaku di Sarawak, tetapi berlaku di mana saja dan dihadapi pelbagai sektor,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi mengatasi masalah itu, ada syarikat mewujudkan sekumpulan pekerja yang digelar head hunters (pemburu kepala) yang bertanggun­gjawab mencari pekerja untuk mengisi bidang tertentu.

“Kerajaan tidak boleh mengambil tindakan (menangani kekurangan pekerja sesuatu sektor), jadi pihak industri sendiri kena memikirkan bagaimana mereka boleh menjaga pekerja mereka dengan memberi tawaran (yang lebih baik) termasuk kelebihan dan inisiatif yang boleh menarik pekerja kekal dengan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia