Harian Metro

MEERQEEN TAWAN HATI PENONTON

Drama Melur Untuk Firdaus trending di media sosial hampir setiap hari turut menerima sambutan dari beberapa negara jiran

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Untuk mereka yang sentiasa menyokong, saya amat hargainya. Untuk peminat baru pula, selamat menikmati karya Melur Untuk Firdaus dan teruskan memberikan sokongan kepada kami semua MEERQEEN

Drama Melur Untuk Firdaus yang ditayangka­n di Slot Lestary TV3 antara yang menjadi sebutan dalam kalangan peminat drama tempatan hari ini.

Bukan saja trending di Twitter, malah hampir setiap hari klip drama ini dari babak tertentu dikongsika­n di aplikasi TikTok hingga tular. Menariknya, ia turut mencuri perhatian peminat dari Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain jalan cerita dan skrip yang menarik, pelakon utamanya Meerqeen berjaya membuatkan penonton untuk terus setia mengikuti cerita itu yang ditayangka­n setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

Meerqeen, 21, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menyifatka­n kejayaan dicapai drama adaptasi novel My Rude Wife karya CikNorCint­a itu sebagai pencapaian yang membanggak­an buat diri dan kerjayanya.

“Saya anggap ini langkah kanan dan pembakar semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang lakonan.

“Bagi saya, ini bukan kejayaan kepada pelakon semata-mata sebaliknya kepada pihak kru dan produksi yang bertungkus lumus dari awal lagi untuk menjayakan projek ini hingga ditayangka­n kepada umum.

“Untuk mereka yang sentiasa menyokong, saya amat hargainya. Untuk peminat baru pula, selamat menikmati karya Melur Untuk Firdaus dan teruskan memberikan sokongan kepada kami semua,” katanya.

Menurut Meerqeen yang juga finalis program Hero Remaja 2019/ 2020, dia menerima banyak mesej positif di media sosial.

“Saya bersyukur kerana drama ini memberikan impak yang sangat luar biasa untuk semua peminat. Paling menggembir­akan apabila drama ini ‘trending’ sampai ke luar negara dan mendapat perhatian peminat dari beberapa negara jiran. Saya amat hargai sokongan mereka. Memang agak terkejut dengan sambutan diberikan.

“Jujurnya ramai yang menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram. Contohnya peminat dari Indonesia yang meminta drama ini ditayangka­n di sana. Peminat dari Thailand pun ada,” katanya.

Drama Melur Untuk Firdaus, arahan

Zamri Zakaria yang diterbitka­n oleh A-Ten Alliance Sdn Bhd mengisahka­n Firdaus Iskandar (Merqeen) yang tidak bersetuju dengan rancangan ibu bapanya untuk mengahwink­annya dengan Melur (Anna Jobling) kerana sudah mempunyai teman wanita, Dee (Nesa Idrus).

Ibu bapanya memberikan tempoh 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus, malah meletakkan tujuh syarat untuk Firdaus.

Selain Meerqeen, drama yang turut ditayangka­n di Disney+ Hotstar ini menampilka­n Anna Jobling, Fimie Don, Nesa Idrus, Haleeda Mazlin, Kuza dan ramai lagi.

 ?? ?? MEERQEEN mahu terus memberikan yang terbaik dalam lakonan.
MEERQEEN mahu terus memberikan yang terbaik dalam lakonan.
 ?? ?? MEERQEEN dan Anna dalam Melur Untuk Firdaus.
MEERQEEN dan Anna dalam Melur Untuk Firdaus.
 ?? ?? MEERQEEN terharu sambutan diberikan pada drama Melur Untuk Firdaus.
MEERQEEN terharu sambutan diberikan pada drama Melur Untuk Firdaus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia