Harian Metro

BINCANG DENGAN DOKTOR

Pemilihan alat cegah kehamilan penting untuk menjamin keberkesan­an

-

Jelasnya, kaedah suntikan ini sesuai kepada wanita yang kerap lupa untuk mengambil pil perancang kerana perlu diambil sekali dalam tiga bulan dan dilakukan doktor.

Selain itu katanya, implan hormon (nexplanon) juga menjadi salah satu pilihan dalam perancanga­n keluarga. Satu set tiub kecil dipasang di bahagian lengan.

“Implan kontrasept­if ini memberikan dos hormon progestasi­onal yang rendah dan stabil untuk memekatkan lendir serviks serta menipiskan lapisan rahim selain mengganggu kitaran ovulasi.

“Kaedah ini mampu menghalang kehamilan sehingga tiga tahun namun tidak sesuai untuk semua wanita. Perbincang­an lanjut bersama doktor penting dalam menentukan kesesuaian pemakaian nexplanon,” katanya.

Katanya, alat Intrauteri­n (IUD) juga menjadi pilihan. Ia adalah sebuah alat mencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita. Ia berbentuk seakan huruf ‘T’ dan mampu bertahan sehingga 5 tahun.

“IUD mempunyai dua jenis iaitu alat yang disaluti tembaga ini akan menyebabka­n rahim dan tiub fallopio secara tidak langsung menghasilk­an cecair yang boleh merosak atau membunuh sperma.

“Kedua, Mirena iaitu alat yang mengandung­i hormon progestero­n ini akan membuat mukus dan serviks tebal serta melekit supaya sperma tidak dapat tembus ke rahim lalu merosak selain membunuh sperma,” katanya.

Katanya, kaedah ikatan juga antara yang popular dalam perancanga­n keluarga. Pengikatan tiub bertujuan untuk mengganggu fungsi tiub fallopio supaya telur

Untuk mencegah kehamilan daripada berlaku demi kualiti kehidupan yang baik terdapat beberapa kaedah yang menjadi pilihan wanita seperti pil perancang DR AHMAD ZHARIF

tidak dapat disenyawak­an dengan sperma sekali gus menghalang kehamilan daripada berlaku.

“Wanita masih mengalami ovulasi selepas pengikatan tiub tetapi telur akan diserap tubuh. Ligasi tiub adalah prosedur pesakit luar dengan pemulihan yang cepat dan berkesan sertamerta. “Pembedahan dilakukan secara laparoskop­i iaitu doktor akan melakukan pembedahan kecil di bahagian perut dan memasukkan kamera untuk mengikat tiub fallopio,” katanya.

Tambahnya, pengikatan tiub boleh menyebabka­n perubahan haid dalam pelbagai cara. Bekalan darah ke ovari mungkin terganggu dan berkuranga­n boleh menyebabka­n disfungsi ovari dan mengubah pengeluara­n dan atau pelepasan estrogen serta progestero­n ovari.

"Mungkin juga terdapat gangguan hormon estrogen dan progestero­n dari ovari ke rahim yang membawa kepada kerosakan endometriu­m. Selain itu, risiko-risiko lain yang mungkin dialami wanita sama ada melalui pengambila­n pil, suntikan, implan atau IUD adalah berbeza dan ianya untuk jangka masa yang pendek.

“Sebagai contoh, ada wanita yang mengalami masalah berat badan selepas mengambil pil perancang tetapi mampu mengawal keadaan tersebut dengan senaman dan diet yang sihat,” katanya.

Tambahnya, ada wanita mengalami pendarahan antara kitaran haid. Tidak kurang juga mengalami tanda lebih serius seperti sakit dada, sakit kepala dan perlu berjumpa doktor supaya pemantauan dapat dilakukan bagi mengelak keadaan lebih buruk.

“Wanita yang menggunaka­n IUD pula ada yang mengalami kitaran haid yang banyak dan waktu yang panjang berbanding sebelum penggunaan kaedah pencegahan kehamilan.

“Berbincang­lah dengan doktor untuk sebarang kemungkina­n yang bakal berlaku sebelum membuat pilihan mengenai kaedah perancanga­n keluarga,” katanya.

 ?? FOTO | SUMBER GOOGLE ?? SUNTIKAN perancang mengandung­i hormon progestero­n yang menyerupai hormon dihasilkan ovari wanita.
FOTO | SUMBER GOOGLE SUNTIKAN perancang mengandung­i hormon progestero­n yang menyerupai hormon dihasilkan ovari wanita.
 ?? ?? SISTEM pembiakan wanita.
SISTEM pembiakan wanita.
 ?? ?? PENGIKATAN tiub bertujuan untuk menganggu fungsi tiub fallopio agar telur tidak dapat disenyawak­an.
PENGIKATAN tiub bertujuan untuk menganggu fungsi tiub fallopio agar telur tidak dapat disenyawak­an.
 ?? ?? HORMON dalam pil perancang berfungsi menghalang ovulasi.
HORMON dalam pil perancang berfungsi menghalang ovulasi.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia