Harian Metro

Buat pilihan yang tepat

-

Kuala Lumpur: Perwakilan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) diseru agar membuat pilihan tepat dalam menentukan presiden baharu badan induk sukan itu bagi penggal 2022/2025 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) esok.

Timbalan Presiden KOM Datuk Mumtaz Jaafar berkata, amat penting bagi perwakilan membuat penilaian bijak bagi menentukan hala tuju serta masa depan olahraga negara yang lebih baik. Selain berkaliber, legenda olahraga negara itu berkata presiden baharu perlu mempunyai komunikasi dua hala yang baik bersama ahli KOM demi kebaikan badan induk itu.

Mumtaz berkata presiden juga perlu memastikan atlet kekal berdisipli­n tinggi agar mereka kekal fokus dalam usaha mengharumk­an nama negara dalam mana-mana kejohanan mahupun temasya sukan antarabang­sa.

“Semestinya, tak boleh dapat 100 peratus yang bagus namun, presiden perlu ada hubungan baik dengan persatuan di peringkat negeri selain dihormati di peringkat antarabang­sa seperti Olahraga Dunia,” katanya.

Perebutan kerusi nombor satu di KOM akan menyaksika­n saingan antara penyandang, Datuk SM Muthu dan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Shahidan Kassim yang

Semestinya, tak boleh dapat 100 peratus yang bagus namun, presiden perlu ada hubungan baik dengan persatuan di peringkat negeri selain dihormati di peringkat antarabang­sa seperti Olahraga Dunia”

juga Presiden Persatuan Olahraga Perlis (POAPs). Muthu menjadi Presiden KOM sejak 2019 manakala Shahidan sebelum ini pernah memegang tampuk kepimpinan badan induk itu dari 2006 hingga 2012.

Dalam pada itu, Mumtaz memaklumka­n tidak dapat mempertaha­nkan jawatannya selaku timbalan presiden selepas badan induk negerinya iaitu Persatuan Olahraga Selangor dibatalkan pendaftara­n oleh Pesuruhjay­a Sukan sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau yakin calon timbalan presiden baharu iaitu Datuk Fadzil Abu Bakar dan Datuk Seri V Pulanthira­n mampu menjalanka­n tugas dengan baik memandangk­an kedua-dua mereka mempunyai pengalaman baik dalam sukan olahraga. - Bernama

Mumtaz Jaafar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia