Harian Metro

BURU SLOT OLIMPIK PARIS

Johnathan mahu menyerlah di Kejohanan Dunia ISSF dalam misi meraih tiket ke Olimpik Paris 2024

-

JOHNATHAN Wong

Kuala Lumpur

Penembak negara Johnathan Wong melihat kejohanan Dunia ISSF 2022 yang dijadual berlangsun­g pada Oktober sebagai medium terbaik untuk memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Ini kerana penangguha­n Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabka­n sasaran Jonathan beralih ke kejohanan di Kaherah, Mesir dalam usaha menempah tiket ke Paris 2024. Penembak berusia 29 tahun itu berkata, dia mempunyai sasaran tersendiri untuk mewakili kontinjen ke Paris 2024 selepas kali terakhir beraksi di temasya terbesar dunia itu di Olimpik Rio 2016.

"Tahun ini sudah bermula kejohanan kelayakan untuk Sukan Olimpik. Disebabkan Sukan Asia ditangguhk­an, fokus utamanya adalah lebih kepada melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

"Kejohanan kelayakan pertama adalah di Kejohanan Dunia (di Kaherah) dan tahun depan juga ada Kejohanan Asia serta satu lagi Kejohanan Dunia untuk kelayakan Olimpik. Jadi fokus utama itu mungkin lebih kepada Kejohanan Dunia tahun ini kerana nak cuba melayakkan diri seawal mungkin," kata pemenang pingat emas di Sukan Sea Vietnam 2021 dalam acara 10 meter (m) air pistol lelaki itu.

Johnathan yang ketika ini bekerja di Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai Pengurus

Lapang Sasar berkata, pasukan air pistol kini sudah mempunyai jurulatih iaitu Mohd Firdaus Abd Rahim dan berharap jurulatihn­ya itu mempunyai program untuk membantuny­a layak ke Olimpik.

"Saya harap dengan jurulatih baharu, akan ada program yang boleh membantu saya meraih kuota secepat mungkin," katanya yang pernah berada dalam dilema samada kekal dalam arena sukan ataupun bekerja disebabkan pandemik Covid-19 lalu.

Mengikut rekod, Johnathan meraih emas pada penyertaan di temasya Sukan Sea Hanoi manakala wakil tuan rumah, Tran Quoc Cuong menjelmaka­n perak buat Vietnam dan Muhammad Iqbal Raia PRabowo (Indonesia), gangsa.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia