Harian Metro

MBBF pertaruh 13 atlet di kejohanan Mr Asia

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Bina Badan Malaysia (MBBF) akan mempertaru­hkan 13 atlet untuk merebut gelaran juara di kejohanan Mr Asia yang akan berlangsun­g Julai ini.

Setiausaha kehormat MBBF Kamaruzama­n Kadir berkata, kejohanan yang akan berlangsun­g di Maldives itu menyaksika­n atlet yang beraksi di Sukan Sea Hanoi di Vietnam baru-baru ini turut menyertai kejohanan.

Kamaruzama­n berkata, pihaknya akan memastikan setiap atlet mengekalka­n tahap disiplin tinggi termasukla­h menjaga pemakanan memandangk­an tempoh kejohanan terbabit hanya tinggal sebulan saja lagi.

“Kita juga akan mempertaru­hkan muka baru pada kejohanan Mr

Asia itu walaupun mengetahui persaingan yang akan diberikan nanti cukup sengit. Walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran namun mengharapk­an penyertaan atlet kita dapat membawa pulang keputusan positif kelak.

“Berdasarka­n kepada kejayaan di pentas Sukan Sea Hanoi, mungkin ada khabar gembira menerusi penyertaan atlet negara di kejohanan Mr Asia itu,” katanya. Mengikut rekod, di Hanoi, pasukan bina badan meraih satu emas daripada Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dalam acara athletic physique.

Perak dimenangi Azri Asmat Sefri dalam acara 55 kilogram (kg) lelaki; Buda Anchah

(70kg) lelaki; Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah (75kg) lelaki.

Gangsa pula diraih Malvern Abdullah dalam acara 65kg lelaki; Zainal Arif Zainal Arifin (80kg) lelaki; Muhammad Uzair Mat Noor (85kg) lelaki dan Malvern-Shelen Aderina Kok (campuran).

Kem bina badan negara akan menyertai Kejohanan Asia di Maldives pada 15 hingga 21 Julai ini sebelum Kejohanan Dunia di Thailand berkemungk­inan pada Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia