Harian Metro

Tragedi pulang kenduri

-

Chukai: Perjalanan pulang empat beranak selepas menghadiri kenduri perkahwina­n di Wakaf Tapai berakhir dengan tragedi apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 113, Jalan Jerangau-Jabur dekat Padang Kubu di sini, kelmarin.

Kemalangan berlaku pada jam 8.10 malam itu menyebabka­n Mazlan Daud, 55, meninggal dunia manakala isterinya Siti Mahana Teh Ibrahim, 51, patah kaki kanan dan dua anak mereka, Arina Jumaat, 23, dan Siti Sofrina, 12, cedera.

Difahamkan, mereka yang menaiki Proton Iswara dalam perjalanan pulang ke Kuantan apabila kereta itu yang dari arah Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) bertembung dengan pacuan empat roda.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat AMBS, Penolong Penguasa Bomba Zul Husni Abdul Rahman berkata, enam anggotanya dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 8.18 malam.

“Ketika anggota tiba, penumpang hadapan kereta dan dua penumpang di belakang yang cedera telah dikeluarka­n orang awam.

“Anggota mengambil masa selama 15 minit bagi mengeluark­an pemandu kereta terbabit yang tersepit di tempat duduk. Mangsa bagaimanap­un sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, semua mangsa cedera dihantar dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan manakala pemandu pacuan empat roda tidak cedera.

Katanya, mayat pemandu kereta diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota mengambil masa 15 minit bagi mengeluark­an pemandu kereta Zul Husni

 ?? ?? KEADAAN kereta Proton Iswara selepas bertembung dengan pacuan empat roda.
KEADAAN kereta Proton Iswara selepas bertembung dengan pacuan empat roda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia