Harian Metro

MISI MURNI 30 TAHUN

Warga emas kayuh basikal bawa bakul besar berisi makanan untuk haiwan jalanan

- Oleh Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

Walaupun berusia 76 tahun, Hashim Ibrahim tetap gagah mengayuh basikal tuanya mencari kucing terbiar di sekitar Cheng untuk diberi makan.

Bagi memudahkan tugasa, Hashim meletakkan bakul besar berisi makanan kucing di belakang basikalnya.

Selain itu, Hashim turut menyediaka­n makanan untuk unggas seperti merpati.

“Rutin ini saya lakukan sejak 30 tahun lalu. Ini kerana saya simpati melihat kucing terbiar di tepi jalan atau di kaki lima kedai.

“Dengan wang bantuan bulanan RM500, saya gunakannya untuk membeli makanan kucing, merpati, tekukur dan merbok,” katanya yang masih bujang.

Menurut Hashim, wang diperoleh itu cukup buatnya menampung perbelanja­an harian, malah ada individu yang turut membantuny­a termasuk menghulurk­an wang dan belanja makan.

Katanya, biasanya, dia akan keluar rumah pada awal pagi dan sebelah petang namun terhad di sekitar Cheng dengan jarak perjalanan lima hingga enam kilometer sehari.

“Dulu, saya mampu berkayuh ke Bandar Hilir dan Batang Tiga namun kini tidak lagi berbuat demikian. Tambahan pula, banyak kenderaan di jalan raya.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniaka­n kesihatan yang baik, Alhamdulil­lah, saya bebas daripada penyakit.

“Saya terus berdoa supaya diberi kekuatan untuk berbakti kepada haiwan serta unggas ini,” katanya.

Menurut Hashim, dia pernah berkerja dalam pelbagai bidang termasuk menoreh getah, bertukang malah pernah mendapat gaji RM2 hingga RM20 pada tahun 40-an dan 50-an.

 ?? ?? HASHIM masih kuat mengayuh basikal sekitar Cheng mencari kucing terbiar untuk diberi makan. - Gambar NSTP/NAZRI ABU BAKAR
HASHIM masih kuat mengayuh basikal sekitar Cheng mencari kucing terbiar untuk diberi makan. - Gambar NSTP/NAZRI ABU BAKAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia