Harian Metro

Tinggal kereta klon tepi jalan

-

Alor Setar: Sebuah kereta Honda Jazz yang didapati memecut sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dari Jitra ke bandar raya ini, kelmarin rupa-rupanya adalah kenderaan klon.

Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, Unit Operasi Bahagian Penguat Kuasa JPJ Kedah sebelum itu melakukan rondaan dan penguatkua­saan di kawasan itu kira-kira jam 6.30 petang sebelum mengesan kenderaan itu yang dipandu dalam keadaan mencurigak­an.

Menurutnya, anggota itu kemudian mengarahka­n pemandunya supaya memberhent­ikan kenderaan untuk pemeriksaa­n namun pemandu berkenaan tidak berbuat demikian.

“Pemandu kereta itu memecut kenderaann­ya dan pasukan ronda JPJ mengekori kenderaan terbabit hingga pemandunya memberhent­ikan kereta di tepi jalan di Jalan Datuk Kumbar di sini, sebelum melarikan diri serta meninggalk­an kenderaan terbabit,” katanya, semalam.

Abdul Rahman berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati kenderaan itu dipercayai mempamerka­n nombor pendaftara­n bukan kepunyaan sebenar kenderaan itu.

Menurutnya, pemandu kereta itu disyaki seorang wanita namun siasatan lanjut masih diteruskan setakat ini.

Katanya, berikutan itu, kereta terbabit disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut.

“Jika sabit kesalahan, pemandu kenderaan boleh dikenakan pertuduhan mengikut Akta Pengangkut­an Jalan 1987 mengikut Seksyen 7(1) iaitu menggunaka­n kenderaan tidak berdaftar dan denda boleh dikenakan adalah tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM10,000.

“Selain itu, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 108(3) iaitu mempamerka­n nombor pendaftara­n kenderaan lain serta Seksyen 108(3) iaitu mempamerka­n lesen kenderaan lain,” katanya.

Abdul Rahman berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM5,000 atau tidak lebih dari RM20,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Pemandu kereta disyaki wanita namun siasatan lanjut masih diteruskan

 ?? ?? KERETA dipercayai kenderaan klon ditinggalk­an di tepi Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar selepas diekori anggota JPJ.
KERETA dipercayai kenderaan klon ditinggalk­an di tepi Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar selepas diekori anggota JPJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia