Harian Metro

Untung menabung sejak tahun dua

-

Kota Bharu: Tidak tergambar betapa syukurnya Muhammad Iqbal Rosli apabila berpeluang menunaikan haji pada usia 23 tahun berkat daripada kecaknaan ibu bapanya yang membuka akaun simpanan Tabung Haji (TH) untuknya sejak kecil.

Muhammad Iqbal berkata, jika bukan atas usaha ibu bapanya, Ros Hanizah Hussein, 61, dan Rosli Hassan, 64, membuka simpanan itu ketika dia bersekolah di tahun dua, tidak mungkin dia dapat menunaikan Rukun Islam Kelima itu seawal usia 20-an.

“Ia suatu tindakan yang bijak dan saya sangat menghargai tindakan ibu dan ayah, malah sejak kecil saya sudah menabung di TH dengan cara menyimpan semua duit raya di dalam akaun berkenaan.

“Apabila bekerja, saya pastikan menyimpan hasil gaji di akaun TH,” katanya ditemui pada Majlis Perasmian Program Lambaian Kaabah di Dewan Haji Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama di Pengkalan Chepa di sini, kelmarin.

Pembantu kedai batik itu antara jemaah haji termuda dari Kelantan yang akan berlepas ke Tanah Suci sendirian tanpa ahli keluargany­a pada 26 Jun ini.

Muhammad Iqbal berkata, selain dirinya, ibu bapanya turut membuka akaun dan mendaftar haji untuk enam lagi adik-beradiknya sejak kecil.

Katanya, dia pernah menerima tawaran haji ketika berusia 12 tahun namun ditunda kerana tidak cukup umur dan mula membuat rayuan pada usianya 17 tahun.

“Hampir setiap tahun saya kemuka rayuan sebagai ikhtiar dapat ‘dipanggil’ awal mengerjaka­n haji dan Alhamdulil­lah usaha ini berhasil.

“Perasaan saya sekarang ini sangat berdebar, tetapi dalam masa yang sama tidak sabar untuk menjalanka­n tanggungja­wab sebagai umat Islam,” katanya.

Menurutnya, dia akan cuba memanfaatk­an peluang itu dengan melakukan ibadah sebaik mungkin dan membantu jemaah yang memerlukan di Tanah Suci.

Katanya, dia mempersiap­kan diri dengan banyak bertanya ibu bapanya yang sudah mengerjaka­n haji selain menimba ilmu ketika kursus haji bagi memastikan dapat beribadah lebih sempurna, kelak.

“Saya doakan agar mereka yang berimpian untuk ke sana (Tanah Suci) turut diberi peluang menjejakka­n kaki ke Tanah Suci,” katanya.

 ?? ?? MUHAMMAD Iqbal
MUHAMMAD Iqbal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia