Harian Metro

Replika bot nelayan C2 dipasang alat kawalan jauh

-

Kuala Terengganu: Minat yang mendalam terhadap model bot nelayan mendorong seorang mekanik kenderaan membina replika bot nelayan C2 di rumahnya.

Uniknya replika bot nelayan yang dibuat Mohd Asrol Gulam Mohd, 36, dari Kampung Surau Panjang itu kerana mempunyai alat kawalan jauh dan berfungsi di dalam air seperti bot nelayan yang sebenar.

Mohd Asrol berkata, dia mula membuat replika bot nelayan itu sejak berusia belasan tahun kerana terlalu minat pada model bot nelayan yang digunakan untuk menangkap ikan di negeri ini.

“Mahu beli bot nelayan C2 yang sebenar memang tidak mampu kerana ia berharga jutaan ringgit oleh itu saya membuatnya sendiri.

“Saya tidak pernah belajar daripada sesiapa, saya cuma mencuba dan tidak sangka ia berhasil.

“Bot nelayan itu dibuat

‘ Kos membuat bot nelayan kawalan jauh ini tidak terlalu besar, tetapi memandangk­an ia sukar dibuat selain dilengkapi enjin dan alat kawalan jauh, ia dijual pada harga RM3,500” Mohd Asrol Gulam Mohd

seratus peratus sama seperti bot nelayan yang asal,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Tambahnya, bot nelayan itu dibuat sebagai replika untuk hiasan pada awalnya sebelum mendapat idea untuk menjadikan ia bot nelayan kawalan jauh.

“Membuat replika bot sahaja tidak cukup memberi kepuasan kepada saya sebelum cuba meletakan enjin kawalan jauh yang ditempah dari Jepun.

“Saya berasa teruja apabila percubaan saya berhasil dan ia berfungsi dengan baik di dalam air seperti bot nelayan yang sebenar,” katanya.

Menurutnya, pembuatan bot itu memang cerewet dan sukar kerana ia ditiru sepenuhnya bot nelayan sebenar namun cabaran itu memberi kepuasan kepadanya.

“Saya sendiri pernah berkerja sebagai nelayan oleh itu model bot nelayan yang digunakan memang tidak asing bagi saya.

“Kos membuat bot nelayan kawalan jauh ini tidak terlalu besar, tetapi memandangk­an ia sukar dibuat selain dilengkapi enjin dan alat kawalan jauh, ia dijual pada harga RM3,500,” katanya.

Menurutnya, permintaan terhadap bot nelayan C2 kawalan jauh itu meningkat sejak ia menjadi tular di media sosial.

“Pembuatan bot nelayan kawalan jauh itu mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan kerana ia dibuat dengan teliti,” katanya.

 ?? ?? MOHD Asrol menunjukka­n bot nelayan C2 kawalan jauh yang dibuatnya. - Gambar NSTP/AHMAD RABIUL ZULKIFLI
MOHD Asrol menunjukka­n bot nelayan C2 kawalan jauh yang dibuatnya. - Gambar NSTP/AHMAD RABIUL ZULKIFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia