Harian Metro

4 AJAL AWAL PAGI

Seorang cedera parah dalam kemalangan membabitka­n dua kereta

-

Empat termasuk dua wanita maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitka­n dua kereta di susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, mangsa yang maut dikenali pasti sebagai P Puvaaneshw­aran, 28, Lai

Mun Fai, 28, Eng Siew

Hooi, 31, dan Leong Man Yuen, 27, manakala yang parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.11 pagi.

Katanya insiden itu membabitka­n kereta Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan Wira jenis sedan dinaiki empat orang. “Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

“Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian Norazam

 ?? ?? ANGGOTA bomba di lokasi nahas yang meragut empat nyawa pagi semalam.
ANGGOTA bomba di lokasi nahas yang meragut empat nyawa pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia