Harian Metro

Riz AF6 selesa hidup sederhana

-

Kuala Lumpur: Naib juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Riz Zaizizi, 36, kini lebih selesa menjalani kehidupan sederhana tanpa perlu mengejar populariti.

Riz atau nama sebenarnya Mohammad Idris Mohammad Zaizizi kini menjalani kehidupan mengajar vokal untuk nyanyian dan vokal untuk bacaan al-Quran secara dalam talian.

Riz yang mengajar vokal untuk al-Quran sejak dua tahun lalu berkata, sambutan untuk kelas itu sangat menggalakk­an sekali gus membuatkan jadualnya penuh setiap malam.

“Saya mengajar setiap malam dari Isnin hingga Jumaat.

“Sambutan boleh dikatakan menggalakk­an sehinggaka­n ada hari yang saya terpaksa buka dua sesi.

“Dalam satu sesi, jumlah pelajar adalah dalam dua ke tiga orang untuk memudahkan saya berikan tumpuan kepada mereka,” katanya.

Berkongsi mengenai vokal dalam bacaan Al-Quran, Riz berkata, dia bukanlah ustaz yang mengajar taranum tetapi lebih kepada penguasaan vokal untuk melancarka­n lagi bacaan al-Quran.

“Ada dalam kalangan kita mengalami masalah tidak cukup nafas dan ada yang sukar dalam sebutan. Jadi, saya mengajar mereka dari sudut teknik.

“Selain itu, ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka yang mengalami masalah dalam sebutan huruf ‘R’ dan saya bantu,” katanya.

Kali terakhir Riz muncul dengan single baharu adalah pada 2017 berjudul Lebih Baik.

Selain mengajar vokal, Riz juga masih menerima tawaran membuat persembaha­n di beberapa acara antaranya majlis perkahwina­n.

 ?? ?? RIZ
RIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia