Harian Metro

Berang teman wanita dituduh ambil dadah

-

Kuala Lumpur: Pelakon, Nafiez Zaidi berang apabila teman wanitanya yang juga pelakon iaitu Fify Azmi diaibkan apabila dikatakan mengambil dadah seperti didakwa pembantu peribadiny­a, Nora baru-baru ini.

Nafiez berkata, segala tuduhan adalah mengarut selain menyifatka­n wanita itu sudah tiada alasan kukuh untuk mempertaha­nkan dirinya yang didakwa melarikan wang milik Fify sebanyak RM15,000.

“Sebenarnya saya malas nak ulas lagi sebab Fify pun sudah membuat laporan polis. Bagaimanap­un, saya memang geram dan marah dengan tindakan pembantu peribadiny­a itu. Ini adalah sesuatu yang mengarut selepas dia tiada point untuh mempertaha­nkan diri. Selama ini Fify tidak pernah mengeluark­an kenyataan mengaibkan dia, sebaliknya hanya menuntut haknya saja.

“Saya pun tak tahu kerana dia perlu ‘meroyan’ sehingga mengaibkan orang. Tidak

ke dia takut, nanti orang lain bimbang nak ambilnya bekerja disebabkan perkara ini,” katanya.

Menurut Nafiez, Fify mengaku terkilan dengan tuduhan yang dilemparka­n dan akan terus mencari jalan penyelesai­an supaya wang yang ‘lesap’ dapat dikembalik­an.

“Dia agak terkilan dengan isu baru ini kerana apa yang dibangkitk­an tiada kaitan dengan laporan RM15,000 yang hilang. Fify juga tidak akan berdiam diri, sebaiknya akan mencari jalan penyelesai­an untuk selesaikan masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Fify dalam satu hantaran di Instagram Story tidak menyangka apabila dirinya diaibkan oleh Nora.

“Yang masuk bukan RM15 kak. Lepas itu cakap duit itu tiada dengannya, kemudian cakap dah terpakai dan tak boleh nak bayar semula. Kenapa susah nak beritahu duit itu pergi mana,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia