Harian Metro

Syukur dikenali tanpa kontrovers­i

-

Kuala Lumpur: Pelakon, Anna Jobling bersyukur apabila tidak perlu mencipta kontrovers­i untuk dikenali dalam industri hiburan tanah air.

Anna berkata, dia percaya kepada rezeki Tuhan dan tidak pernah terdetik untuk melakukan sesuatu bagi mencari perhatian.

“Saya selalu percaya dengan kuasa rezeki. Kalau kita bekerja dalam satu bidang dengan ikhlas, Insha-Allah rezeki itu akan sentiasa ada.

“Tidak kisahlah rezeki itu tiba cepat atau lambat, asalkan kita jangan sesekali berputus asa. Sebelum saya terjun ke dalam industri seni ini saya sudah pasang niat untuk melakukan kerja ini dengan ikhlas dan lakukan sepenuh hati,” katanya.

Menurut Anna, dia tidak mengambil pusing apabila terdapat pihak yang cuba ‘menakut-nakutkan’ jika kehadirann­ya tidak popular dalam bidang hiburan sebelum ini.

“Saya tak pernah risau kalau lambat popular sebab saya percaya kalau kita mampu buktikan kemampuan lakonan kepada penonton serta penerbit. Insya-Allah rezeki akan selalu datang. “Saya juga selalu ingatkan kepada diri supaya tidak mencampuri urusan orang lain sebaliknya fokus untuk membina nama,” katanya.

Selepas berjaya mencipta nama dalam drama Melur Untuk Firdaus yang kini ditayangka­n di TV3, Anna bakal memulakan penggambar­an drama Terima Kasih Cinta bersama Amar Baharin.

“Saya tak pernah risau kalau lambat popular Anna

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia