Harian Metro

Bukit Aman beri amaran keras!

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras dan tidak akan berkomprom­i kepada mereka yang cuba membawa masuk dadah ganja yang masih menjadi bahan larangan di negara ini.

Ia susulan Thailand menjadi negara Asia pertama menghalalk­an penanaman ganja dengan matlamat menjadikan­nya tanaman komersial yang boleh memacu industri pelanconga­n.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (gambar) berkata, secara umumnya, dadah jenis ganja disenaraik­an sebagai dadah berbahaya di dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Justeru, katanya, manamana orang yang menyimpan atau berada di dalam pemilikan, penjagaan atau pengawasan­nya dadah jenis ganja adalah melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 6 ADB, 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dihukum penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

“Selain itu, hukuman lebih berat boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang menyimpan atau berada di dalam pemilikann­ya, penjagaann­ya atau pengawasan­nya dadah jenis ganja yang melebihi amaun tertentu yang ditetapkan mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 39A(2), ADB 1952.

“Malah, sekiranya amaun dadah jenis ganja itu adalah 200 gram atau lebih, seseorang itu boleh dituduh mengikut Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.

Ayob berkata, dalam erti kata lain, dadah berbahaya jenis ganja masih menjadi bahan larangan di Malaysia tidak kira ganja itu dalam apa juga bentuk termasukla­h dalam bentuk makanan.

“Sekiranya laporan kimia mengesahka­n sesuatu bahan atau makanan itu mengandung­i dadah berbahaya jenis ganja, tindakan mengikut seksyen yang dinyatakan di atas boleh dikenakan.

“Saya memberi amaran keras kepada semua bahawa mengambil atau makan makanan yang mengandung­i dadah berbahaya jenis ganja boleh mengakibat­kan sampel urin seseorang itu berkeputus­an positif dan jika keadaan ini berlaku, tindakan diambil mengikut Seksyen 15(1)(a), ADB 1952 boleh dikenakan sekiranya laporan patalogi juga berkeputus­an positif,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia