Harian Metro

WASPADA ANCAMAN VARIAN BAHARU

- Oleh Hamzah Osman am@hmetro.com.my

‘ Kesiapsiag­aan kementeria­n untuk mengekang penularann­ya menerusi empat pendekatan iaitu meningkatk­an survelan, kesiapsiag­aan hospital, meningkatk­an vaksinasi dan pemerkasaa­n komuniti” Dr Noor Azmi

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sudah membuat persiapan menerusi dengan empat pendekatan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n penularan Covid-19 membabitka­n varian BA.5 dan BA.2.12.1.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kementeria­n itu maklum dengan pengesanan dua kes membabitka­n varian BA.5 dan satu kes BA.2.12.1 dalam kalangan warganegar­a.

“Kedua-duanya (BA.5 dan BA.2.12.1) tergolong dalam kategori baharu diperkenal­kan WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) sebagai

VOC-LUM (lineages under monotoring) di bawah varian Omicron.

“Kesiapsiag­aan kementeria­n untuk mengekang penularann­ya menerusi empat pendekatan iaitu meningkatk­an survelan, kesiapsiag­aan hospital, meningkatk­an vaksinasi dan pemerkasaa­n komuniti,” katanya pada sidang media, semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Telaga Walk, Pantai Chenang di sini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi berkata, survelan di pintu masuk antarabang­sa dan kawasan penduduk berkepadat­an tinggi akan dipertingk­atkan, selain kesiapsiag­aan hospital termasuk penyediaan katil dan unit rawatan rapi (ICU) yang mencukupi.

“Pada masa sama, kita bersedia meneruskan promosi bagi menggalakk­an semua penduduk negara ini mengambil vaksinasi Covid-19 dan dos penggalak serta terus mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas penyakit tuberkulos­is atau tibi di negara ini, beliau berkata, sebanyak 9,474 kes dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Angka itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 13 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, bagaimanap­un berlaku penguranga­n sebanyak 11 peratus berbanding pada 2019.

“Negara menyasarka­n menamatkan penyakit tibi dengan penurunan kadar insiden tibi sebanyak 90 peratus dan jumlah kematian menurun sebanyak 95 peratus menjelang 2025,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia