Harian Metro

Malaysia belum boleh ikut langkah Thailand

-

Kuala Lumpur: Malaysia belum bersedia untuk mengikut langkah Thailand ‘menghalalk­an’ penanaman ganja, dengan matlamat menjadikan­nya tanaman komersial.

Ia dibimbangi akan disalah guna dan menjadi budaya gaya hidup baru.

Demikian kata Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Ramli Abd Samad.

Beliau berkata, rakyat negara ini belum bersedia kerana kefahaman dan maklumat berkaitan masih belum mendalam.

Malah, katanya, jika dibenarkan seperti Thailand, dibimbangi terutama anak muda nanti menyalahgu­nakan sehingga menjadi budaya gaya hidup baharu.

“Walaupun ganja itu bagus dari segi perubatan di mana kajian sains menunjukka­n ia berkesan merawat kanser sama seperti dadah morfin yang dijadikan ubat, namun ia juga boleh disalahgun­akan.

“Isunya di sini, perlu ada penyelidik­an yang betul dan keduanya ganja ini tidak dibenarkan digunakan sebagai tujuan rekreasi kerana bimbang akan disalah gunakan,” katanya kepada Metro Ahad.

Ramli berkata, lagipun negara masih tertakluk mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana ganja masih dikategori­kan dadah berbahaya.

“Selagi mana undang-undang itu tidak dipinda, kita akan kekal seperti sekarang ini.

“Banyak negara maju mereka melihat kalau dibanding antara ganja dan arak kesannya arak lebih berbahaya dan mempunyai kesan jangka panjang lebih teruk tetapi ia masih dibenarkan untuk minum,” katanya.

Beliau berkata, atas klasifikas­i itulah mereka membenarka­n penggunaan ganja kerana kesan khayal ganja tidak seteruk mabuk meminum arak.

“Kesan jangka panjang arak juga lebih teruk, malah kajian juga mendapati kesan jangka panjang penghisap rokok juga lebih teruk.

“Sebab itu, ada negara benarkan ganja seperti Amsterdam, Australia dan banyak negara Eropah lain dan tiada peningkata­n ketara penagihan dadah ganja walaupun dibenarkan,” katanya.

Katanya, hal ini kerana rakyat negara terbabit sudah diberikan pendidikan yang betul berkaitan ganja dan Malaysia masih belum bersedia ke arah itu kerana ilmu berkaitann­ya masih kurang.

“Isunya di sini, perlu ada penyelidik­an yang betul Ramli

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia