Harian Metro

Selamat barang kemas jutaan ringgit

-

Kuala Lumpur: Pemilik sebuah kedai emas di Pasar Keramat, Kampung Dato Keramat di sini, sanggup meredah asap tebal bagi menyelamat­kan barang kemas di premis berkenaan dalam kejadian kebakaran, semalam.

Menceritak­an semula kejadian itu, Nik Arif Nik Azmi, 34, berkata, dia menerima panggilan daripada orang awam jam 1.15 pagi yang memaklumka­n kedai miliknya itu terbakar.

"Saya terus bergegas ke kedai dan sebaik tiba, saya nampak api sedang marak. Saya bersama beberapa ahli keluarga kemudian terus bergegas masuk ke dalam premis untuk mengambil barang kemas yang ada di dalam kedai.

“Kami yang turut ditemani anggota polis yang membantu mengawal keselamata­n di sekitar kedai terpaksa meredah asap tebal bagi mengambil barang kemas berkenaan. Saya bersyukur kerana semua dulang barang kemas dianggarka­n bernilai jutaan ringgit berkenaan berjaya diselamatk­an,” katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.

Nik Arif berkata, kejadian itu menyebabka­n tiga lot kedainya termasuk tempat membaiki barang kemas rosak akibat kebakaran itu.

“Kebakaran itu bermula daripada kedai pakaian terpakai yang terletak di hadapan kedai kami sebelum ia merebak ke lima lot kedai serta sebuah rumah berhampira­n. Tindakan pantas pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak yang boleh mengakibat­kan kemusnahan lebih besar terhadap kedai kami. Dianggarka­n kerosakan berjumlah RM100,000 untuk ketiga-tiga lot kedai ini. “Sebelum ini, pernah berlaku kebakaran di pasar ini namun ia membabitka­n kawasan hadapan pasar dan bukan kawasan ini," katanya yang memaklumka­n kedai itu dibuka sejak 1978.

Sementara itu, pemilik rumah, Mohd Shahril, 39, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, dia sedang tidur di dalam bilik sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.

“Saya terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi dentuman kuat seperti orang bermain bunga api. Tiba-tiba, ibu saya, Sharifah, 72, yang berada di ruang tamu turut menjerit. Apabila keluar dari bilik, saya nampak api dari kedai pakaian terpakai yang terletak kira-kira 10 meter,” katanya.

Pemilik kedai barang kemas alami kerugian RM100,000

 ?? ?? MANGSA kebakaran di premis yang musnah dimamah api, semalam. - Gambar NSTP/FATHIL ASRI
MANGSA kebakaran di premis yang musnah dimamah api, semalam. - Gambar NSTP/FATHIL ASRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia