Harian Metro

JKM kesan waris Adam

-

‘ Mahkamah juga sudah membenarka­n siaran akhbar dibuat untuk mengesan ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai bayi tersebut mengikut peruntukan Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001. Bayi itu akan dibawa semula ke mahkamah pada 23 Jun 2022”

Shah Alam: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalk­an di kotak perlindung­an bayi di Orphan Care Petaling Jaya, April lepas.

Pelindung di jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, bayi terbabit dijumpai bersama sekeping nota yang menyatakan dilahirkan pramatang ketika kandungan berusia 33 minggu, mempunyai nama panggilan Adam, berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Pelindung sudah mendapatka­n perintah mahkamah bagi meletakkan bayi itu yang berusia tiga bulan di tempat selamat sementara siasatan dilakukan.

“Mahkamah juga sudah membenarka­n siaran akhbar dibuat untuk mengesan ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai bayi tersebut mengikut peruntukan Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001. Bayi itu akan dibawa semula ke mahkamah pada 23 Jun 2022,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan bayi tersebut diminta tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling atau menghubung­i Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-7842 2584 atau 03-7842 2587.

Pelindung JKM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia