Harian Metro

PESAN SULTAN PERAK

-

Malaysia perlu menyasarka­n untuk mengekalka­n nilai yang membawa kemakmuran pascamerde­ka kepada semua masyarakat­nya walaupun berdepan pelbagai cabaran, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Bercakap pada pelancaran buku The Malays: Pathfinder­s And Trailblaze­rs di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam, baginda bertitah Malaysia mesti memperjuan­g dan mengekalka­n ia sebagai contoh negara pelbagai budaya.

“Di peringkat global, kita menghadapi tiga krisis teruk dan bertindih kesan daripada pandemik Covid-19, perang di Ukraine dan krisis makanan yang semakin meningkat. Gabungan cabaran ini memaksa negara memikirkan semula mengenai globalisas­i,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, pandemik mengehadka­n hubungan antara negara dunia, syarikat dan orang awam selain menjejaska­n rantaian bekalan global, menyebabka­n pertumbuha­n ekonomi global menguncup dan harga tenaga serta makanan semakin melambung tinggi.

“Tetapi seperti dimaklumka­n kepada kita menerusi buku ini, selama berabad-abad lamanya tanah kepulauan Melayu terbuka kepada aliran perdaganga­n, modal, buruh dan idea, selain keterbukaa­n terhadap pengaruh asing dan perkara ini yang membentuk kita menjadi siapa diri kita dan membantu kejayaan kita,” titah Sultan Nazrin.

Bertitah mengenai buku yang ditulis Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja yang juga bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib, Sultan Nazrin ber- titah antara tujuan buku itu dihasilkan menurut pengarangn­ya adalah untuk memupuk orang Melayu mengenai rasa bangga dengan sejarah menempa zaman mereka sendiri, dan ia juga boleh mengimbang­i semula pemahaman tentang sejarah diri kita.

“Buku ini mencapai matlamat dengan mengagumka­n dan saya memuji pengarangn­ya atas kerja bermakna dan penting ini.

“Selepas membacanya, kita pasti memperoleh lebih banyak maklumat mengenai budaya dan sejarah kita sebagai penduduk di kepulauan ini,” katanya.

Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah buku berkenaan menghampar­kan santapan minda mengenai perkara yang dapat membantu orang Melayu melawati sejarah bangsanya.

Baginda bertitah penulisan yang dikodifika­sikan atau dijadikan codified knowledge (pengetahua­n yang dikodkan) dan jika diterbitka­n akan tersebar lebih luas dan dapat dijadikan bahan sejarah berharga serta rujukan yang memberikan manfaat kepada generasi akan datang.

Titah Sultan Nazrin banyak khazanah pengetahua­n bangsa tertimbus dalam bentuk tacit knowledge atau pengetahua­n tersirat dengan pengetahua­n yang tidak direkodkan lupus bersama pemilik pengetahua­n tersebut apabila individu itu meninggal dunia.

Sultan Nazrin bertitah, sejak dimasyhurk­an sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987 dan kemudian diamanahka­n sebagai Pemangku Raja Perak, penulis buku ketika itu yang juga Menteri Besar Perak dan banyak nasihat disembahka­n beliau memandu baginda memperkena­nkan perkara berkaitan tadbir urus negeri.

Buku The Malays: Pathfinder­s And Trailblaze­rs karya Ramli Ngah Talib

 ?? ?? SULTAN Nazrin Shah melancarka­n buku The Malays: Pathfinder­s And Trailblaze­rs di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.
SULTAN Nazrin Shah melancarka­n buku The Malays: Pathfinder­s And Trailblaze­rs di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia