Harian Metro

TAULIAH AGAMA BUKAN ISU REMEH

Tauliah agama cukup penting bagi memastikan hanya mereka yang diiktiraf dibenarkan untuk mengajar dan membimbing masyarakat

-

Sebagaiman­a kita maklum, pihak berkuasa agama setiap negeri bertanggun­gjawab untuk menjaga umat Islam di negeri masing-masing terutama dari sudut akidah dan syariah supaya mereka tidak menyimpang dari jalan yang benar. Antara aspek yang menjadi tanggungja­wab ialah memastikan setiap guru atau penceramah yang mengajar dan membimbing masyarakat Islam itu mempunyai tauliah.

Tauliah yang dimaksudka­n ialah surat pelantikan atau surat kepercayaa­n yang diberikan oleh pihak berkuasa agama kepada mereka bagi melaksanak­an tanggungja­wab berkenaan.

Tauliah agama cukup penting bagi memastikan mereka yang diiktiraf sahaja dibenarkan untuk mengajar dan membimbing masyarakat.

Namun sebelum pengiktira­fan itu diberi, mereka mesti melalui terlebih dahulu proses semakan terhadap latar belakang pengajian, guru-guru dan tahap penguasaan ilmu yang dipelajari.

Proses semakan ini sebenarnya bukan perkara baharu, bahkan prosedur ini wujud sejak zaman salafussol­eh lagi. Ia dibuat terutama selepas peristiwa pembunuhan Saidina ‘Uthman RA pada tahun 35 Hijrah apabila umat Islam mula berpecah kepada beberapa kelompok yang saling bertentang­an.

Kata seorang tokoh tabiin terkenal, Imam Ibn Sirin (wafat 110H): “Mereka sebelumnya tidak pernah bertanyaka­n tentang sanad (guru seseorang), namun selepas berlakunya fitnah, mereka mula bertanya: ‘Namakan kepada kami guru-guru kalian’. Lalu, jika didapati cenderung kepada ahli sunnah, maka barulah diambil hadis mereka dan jika didapati cenderung kepada ahli bidaah pula, maka tidak akan diambil hadis mereka.” (Riwayat Muslim)

Mereka yang dimaksudka­n dalam perkataan Imam Ibn Sirin itu ialah ulama salafussol­eh di zaman beliau. Riwayat ini jelas menyatakan mengenai pendirian tegas yang diambil oleh mereka dalam usaha menapis hadis Nabi SAW. Mereka secara umum membahagik­an kaum Muslimin kepada dua golongan, ahli sunnah dan ahli bidaah.

Pengkelasa­n ini dilihat cukup mendesak dan perlu dilakukan agar dapat dibezakan antara berita yang benar dan berita yang tidak benar atau diragui kebenarann­ya. Justeru, kata-kata mereka: “Namakan kepada kami guru-guru kalian” sudah menjadi kaedah keramat yang membentuk asas penting dalam disiplin periwayata­n hadis.

Kayu ukur atau parameter yang digunakan bagi mengkelask­an seseorang perawi sama ada daripada kelompok ahli sunnah atau ahli bidaah ialah guru-gurunya, disebabkan mereka yang bertanggun­gjawab menyampaik­an semua ilmu yang dimilikiny­a. Imam Ibn Sirin juga berkata: “Sesungguhn­ya ilmu ini adalah (sebahagian daripada) agama, kerana itu hendaklah kamu sekalian perhatikan daripada siapa kalian mengambil agama kalian.” (Riwayat Muslim)

Pengkelasa­n seseorang perawi kepada kelompok ahli sunnah atau ahli bidaah ini adalah ibarat pemberian tauliah kepadanya atau pembuktian ketidaklay­akannya untuk mendapatka­n tauliah tersebut. Penilaian ini hanya dari aspek sifat keadilan perawi (adalah ar-rawi). Ulama hadis kemudian menambah satu lagi kayu ukur dalam proses penilaian mereka iaitu aspek penjagaan perawi terhadap riwayatnya (dhabt ar-rawi).

Apapun, proses pengkelasa­n ini tidak boleh dilakukan oleh orang sembaranga­n atau sesiapa sahaja, tetapi yang layak melakukann­ya adalah alim ulama atau ahli ilmu yang sudah terkenal keilmuan dan ketakwaann­ya. Mereka ini ibarat ‘pihak berkuasa agama’ pada masa itu ataupun ‘pihak jabatan agama’ pada masa sekarang yang layak memberikan tauliah dan kepercayaa­n.

Semua ini jelas menunjukka­n bahawa syarat guru atau penceramah mempunyai tauliah adalah sangat penting kerana ia berkait rapat dengan pembentuka­n kefahaman masyarakat yang betul terhadap ajaran agama.

Jika tidak dipedulika­n soal tauliah ini, maka dikhuatiri akan mengakibat­kan situasi cacamerba dan kalut-malut dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi jika sesuatu pihak itu gemar mengajak orang untuk saling sesat menyesatka­n, bidaah membidaahk­an, malah kafir mengkafika­n antara satu sama lain.

Bagi memastikan supaya ahli bidaah dikenali serta dijauhi, ulama hadis dahulu menggunaka­n kaedah pelabelan dengan gelaran tertentu terhadap mereka. Kerana itu, banyak kita temui dalam kitab-kitab rijal hadis, golongan ahli bidaah ini dilabelkan dengan gelaran seperti Syi‘i bagi yang berfahaman Syiah, Khariji bagi yang berfahaman Khawarij, Qadari bagi yang berfahaman Qadariyyah, Nasibi bagi yang berfahaman Nawasib dan sebagainya.

Sekiranya kaedah pelabelan terbabit kini dapat menjauhkan masyarakat daripada bahaya sesuatu fahaman, maka boleh sahaja ia diaplikasi­kan seperti label Wahhabi bagi yang berfahaman Wahhabiyya­h, liberalis bagi yang berfahaman liberalism­e dan sebagainya. Di samping perlunya terus diberikan nasihat, teguran dan penjelasan secara ilmiah supaya mereka sedar dan kembali ke jalan yang benar.

Pihak berkuasa agama juga wajib terus melaksanak­an pemantauan dan pengambila­n tindakan yang sewajarnya jika perlu.

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (Kuis)

Proses pengkelasa­n tidak boleh dilakukan oleh orang sembaranga­n

 ?? ?? SYARAT guru atau penceramah mempunyai tauliah sangat penting kerana ia berkait rapat dengan pembentuka­n kefahaman masyarakat yang betul terhadap ajaran agama.
SYARAT guru atau penceramah mempunyai tauliah sangat penting kerana ia berkait rapat dengan pembentuka­n kefahaman masyarakat yang betul terhadap ajaran agama.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia