Harian Metro

19 JUTA LAPAR KRONIK

Perang Ukraine-Rusia beri kesan besar kepada pasaran makanan global

-

Perang di Ukraine memberi kesan ketara kepada pasaran makanan global dan boleh menyebabka­n tambahan 11 hingga 19 juta orang mengalami kelaparan kronik, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Jumaat, lapor Xinhua.

Jurucakap FAO Boubaker Ben Belhassen dalam satu taklimat media di sini berkata kedua-dua negara yang terbabit dalam konflik itu adalah pengeluar utama komoditi pertanian dunia dengan gabungan bahagian sekitar 30 peratus daripada eksport gandum global.

Negara paling terjejas akibat

konflik adalah di wilayah Afrika utara, katanya.

Beliau berkata, memetik laporan tinjauan makanan terbaru FAO, yang menunjukka­n kemungkina­n mengetatka­n pasaran komoditi makanan pada 2022 disebabkan ‘harga input melambung tinggi, kebimbanga­n mengenai cuaca dan peningkata­n keadaan pasaran tidak menentu.’

Selain itu, katanya, harga makanan antarabang­sa yang lebih tinggi diunjurkan meningkatk­an bil import makanan global sehingga AS$1.8 trilion pada 2022.

“Bil import yang lebih tinggi terutama mencermink­an kos unit lebih tinggi berbanding volum yang lebih tinggi, dengan banyak negara, terutama negara yang terdedah dari segi ekonomi, menghadapi bil lebih tinggi ketika mengimport dalam jumlah lebih kecil,” katanya.

 ?? ?? LADANG gandum terbentang luas di wilayah Rostov, Rusia. Penceroboh­an Russia ke atas Ukraine memberi kesan ke atas harga dagangan gandum di seluruh dunia. Kedua-dua negara itu mewakili sekitar 30 peratus daripada eksport gandum global.
LADANG gandum terbentang luas di wilayah Rostov, Rusia. Penceroboh­an Russia ke atas Ukraine memberi kesan ke atas harga dagangan gandum di seluruh dunia. Kedua-dua negara itu mewakili sekitar 30 peratus daripada eksport gandum global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia