Harian Metro

IWCity enggan merayu

-

Kuala Lumpur: Iskandar Waterfront City Bhd (IWCity) memutuskan tidak merayu terhadap penolakan Bursa Malaysia Securities Bhd terhadap permohonan tempoh pelepasan syarikat itu, sebaliknya menumpukan kepada menambah baik operasi perniagaan­nya dalam tempoh regularisa­si selama 12 bulan.

IWCity berkata, ia berdasarka­n pertimbang­an sewajarnya terhadap fakta sedia ada dan keadaan pasaran hartanah yang semakin baik yang mempunyai jurang masa dalam mengiktira­f hasil oleh IWCity dan anak syarikatny­a.

“Berdasarka­n itu, syarikat berkenaan penerbit tersenarai terjejas di bawah

Perenggan 8.03A Keperluan Penyenarai­an Pasaran Utama (MMLR),” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

IWCity merujuk kepada pengumuman yang dibuat pada 25 Mac berhubung permohonan pelepasann­ya kepada Bursa Securities daripada mengklasif­ikasikanny­a sebagai penerbit tersenarai terjejas menurut Perenggan 8.03A(2)(b) MMLR dan juga penolakan Bursa Securities terhadap pelepasan itu pada 3 Jun.

“Syarikat itu mempunyai jualan belum dibil kira-kira RM65 juta, ia diiktiraf sebagai hasil secara progresif dalam tahun kewangan semasa dan seterusnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia