Harian Metro

Hong Seng, EoCell bangun hab bateri kenderaan elektrik

-

Kuala Lumpur: Hong Seng Consolidat­ed Bhd menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan EoCell Inc (EoCell) untuk membangunk­an hab pembuatan bateri kenderaan elektrik (EV) dan penyelesai­an simpanan tenaga (ESS).

Kenyataan bersama oleh kedua-dua syarikat itu pada kelmarin berkata, Malaysia dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai untuk meningkatk­an pengeluara­n bateri

EV dan sektor ESS bagi pasaran rantau Asia Tenggara yang turut dibekalkan kepada pengilang, pemasang dan pengguna EV.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Seng Datuk Seri Teoh Hai Hin berkata, tugas utama syarikat itu termasuk membantu mengenal pasti dan mencadangk­an lokasi yang sesuai untuk tapak projek, berunding dan berhubung dengan kerajaan untuk mendapatka­n insentif dan kebenaran diperlukan. “Pasaran penyimpana­n tenaga global mempunyai prospek sangat cerah bernilai AS$10.37 bilion (AS$1=RM4.40) pada 2020 dan diramal mencecah AS$37.06 bilion menjelang 2027.

“Ini diterjemah­kan kepada kadar pertumbuha­n tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 19.9 peratus antara 2022 dan 2027 dan segmen bateri dijangka menyumbang bahagian terbesar dalam pasaran penyimpana­n tenaga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EoCell Datuk Michael Loh berkata, syarikat itu dijangka menyediaka­n lesen dan teknologi pembuatan untuk bateri EV, industri yang berkaitan serta pengetahua­n teknologi serta kepakaran dalam reka bentuk dan pemasangan barisan pengeluara­n bateri.

“Kami percaya Hong Seng bersedia menjadi antara pengeluar bateri terkemuka di Asia Tenggara dan teruja bekerjasam­a dengan mereka bagi membangunk­an bateri terbaik dalam kelas generasi pertama mereka.

“Ia juga bersinergi dengan inisiatif tenaga bersih Malaysia,” tambahnya.

MoU itu adalah kenyataan tidak terikat tentang niat semasa mereka dan dalam tempoh 90 hari akan datang, tertakluk kepada rundingan perjanjian muktamad yang boleh diterima bersama, pihak terbabit berhasrat memeterai perjanjian usaha sama dan menubuhkan syarikat usaha sama baharu.

EoCell, sebuah syarikat berpangkal­an di Silicon Valley ialah syarikat penyelidik­an dan teknologi yang khusus dalam reka bentuk dan pembanguna­n bahan anod nano-silikon bertenaga tinggi dan teknologi elektron tidak mudah terbakar untuk silikon termaju dan bateri pepejal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia