Harian Metro

LELAKI CURI KERETA TURUT ‘CULIK’ BUDAK

Ibu mangsa berusia sembilan tahun kejar suspek dengan guna kenderaan rakan

-

Seorang peniaga berdepan detik cemas selepas anak lelakinya dilarikan oleh seorang penganggur yang mencuri kenderaann­ya di Felda Hilir Satu di sini, yang didakwa mahu digunakan untuk pulang ke kampung.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu bagaimanap­un berkata, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu diturunkan di tepi Jalan Kuantan-Maran dan diambil oleh ibunya yang mengejar Perodua Alza miliknya itu dengan menaiki kereta kawan.

Kejadian berlaku pada jam 6.30 petang Khamis lalu, semasa mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik didakwa mengikut ibunya berusia 34 tahun ke rumah rakannya di Felda itu dan ditinggalk­an dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjin selama beberapa minit. “Ibu mangsa mendakwa jiran rakannya memaklumka­n kereta itu dilarikan seorang lelaki, menyebabka­n mereka bergegas mengejar suspek. “Suspek menurunkan kanak-kanak itu beberapa kilometer dari lokasi kejadian dan terus melarikan kenderaan,” katanya semasa dihubungi di sini, kelmarin.

Wan Mohd Zahari berkata, suspek berusia 35 tahun yang tidak bekerja itu, akhirnya berjaya ditahan oleh pasukan kereta peronda polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran.

Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, melarikan kereta itu kerana mahu pulang ke kampung di Mentakab, Temerloh.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

“Suspek turunkan mangsa beberapa kilometer dari lokasi kejadian Wan Mohd Zahari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia