Harian Metro

‘Paling lama boleh pakai 8 jam’

-

Georgetown: Walaupun kehilangan kaki kiri kerana kanser tulang, Muhammad Afiq Muhammad Shukri gigih melakukan pelbagai pekerjaan demi meneruskan kelangsung­an hidup dan berbakti kepada keluarga.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia pernah menjadi pekerja pembersiha­n, penghantar kurier, ejen kenderaan tunda, petugas pemindahan barang, pekerja restoran dan terkini berkhidmat sebagai kru di sebuah kafe menjual aiskrim.

“Bekerja sambil menggunaka­n kaki palsu bukan mudah dan kena tahan sakit. Paling lama boleh pakai lapan jam sahaja.

“Sebelum ini saya bekerja di sebuah restoran hampir setahun.

Suatu hari, ketika sedang bancuh air saya hilang keseimbang­an dan terjatuh. Sakitnya Tuhan saja yang tahu.

“Ketika itu pelanggan ramai dan suasana agak kalut. Jadi keluarga bimbang dan minta saya berhenti kerja di sana.

“Doktor juga sudah pesan saya tidak boleh alami kecederaan serius kerana risiko kanser bila-bila sahaja boleh datang semula,” katanya yang kini berusia 21 tahun ketika ditemui di sini, kelmarin.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian yang merupakan Sekolah Sukan Pulau Pinang itu didiagnos menghidap kanser tulang tahap dua ketika sedang menjalani latihan larian jarak jauh pada usia 13 tahun.

Kisah getir Afiq yang menjalani lebih 30 pembedahan akibat kanser berkenaan sebelum kaki kirinya terpaksa dipotong ketika berusia 17 tahun pernah tular di media sosial dan meruntun hati orang ramai suatu ketika dahulu.

“Hospital sudah jadi seperti rumah kedua. Paling lama lapan bulan. Pada awalnya tempurung lutut saya dibuang dan diganti besi. Tetapi terjadi jangkitan kuman dan masalah lain sebelum keputusan paling berat terpaksa diambil iaitu mengorbank­an kaki.

“Apabila dapat kaki palsu ketika berusia 19 tahun, saya kembali boleh berjalan cuma tidak seimbang. Berdiri atau duduk terlalu lama boleh menyebabka­n kesakitan. Kerja memang payah dapat,” katanya.

 ?? ?? MUHAMMAD Afiq melayan pelanggan yang mahu menikmati aiskrim di tempat kerjanya di Sungai Dua, Georgetown. - Gambar NSTP/MIKAIL ONG
MUHAMMAD Afiq melayan pelanggan yang mahu menikmati aiskrim di tempat kerjanya di Sungai Dua, Georgetown. - Gambar NSTP/MIKAIL ONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia