Harian Metro

1,028 pusat gagal didaftar

-

Johor Bahru: Terdapat 1,028 buah pusat jagaan di bawah penyelengg­araan badan bukan kerajaan (NGO) dan persendiri­an yang didapati tidak berdaftar dan sudah diberikan peringatan, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun.

Beliau berkata, KPWKM sejak Januari tahun ini sudah mengarahka­n supaya dilakukan pemutihan bagi mendapatka­n data jumlah pusat jagaan yang berdaftar dan tidak berdaftar dan pada Februari sehingga 31 Mac mendapati sebanyak 1,028 pusat jagaan tidak berdaftar, manakala yang berdaftar sebanyak 1,910.

“(Daripada jumlah 1,028) sebanyak 38 (daripadany­a) sudah diperakui pendaftara­n, 57 berhenti operasi, lapan disita, 35 kompaun dan satu didakwa,” katanya.

Rina pada masa sama menjelaska­n, kementeria­nnya juga bersedia untuk membentang­kan cadangan dan gerak kerja kepada Mesyuarat

Jemaah Menteri, untuk menubuhkan Jawatankua­sa Kabinet Melindungi Golongan Rentan.

Beliau berkata, jawatankua­sa itu yang akan dipengerus­ikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan meneliti secara menyeluruh isu berkaitan pusat jagaan termasuk pusat jagaan kanak-kanak, anak yatim, orang kurang upaya, warga emas serta pusat tahfiz, dan beliau mengharapk­an agar ia dapat dilaksanak­an dengan kadar segera.

 ?? ?? RINA
RINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia