Harian Metro

KECUALIKAN 1,359 BANDUAN AKHIR

- Oleh Ahmad Suhael Adnan am@hmetro.com.my

‘ Majlis Peguam menggesa kerajaan bekerjasam­a dengan Lembaga Pengampuna­n untuk memastikan lebih 1,359 banduan akhir turut dikecualik­an daripada menjalani hukuman mati”

Majlis Peguam Malaysia menggesa kerajaan mengecuali­kan pelaksanaa­n hukuman mati terhadap lebih 1,359 banduan akhir yang sedang menunggu hukuman itu dijalankan sejak 2018.

Ia susulan keputusan kerajaan kelmarin yang bersetuju untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori di Malaysia.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah Yee Lynn menyaranka­n kerajaan meringanka­n hukuman kepada banduan akhir berkenaan dengan menukarnya kepada hukuman penjara.

“Majlis Peguam menggesa kerajaan bekerjasam­a dengan Lembaga Pengampuna­n untuk memastikan lebih 1,359 banduan akhir turut dikecualik­an daripada menjalani hukuman mati.

“Kami menyaranka­n semua hukuman mati itu dikurangka­n kepada hukuman penjara dengan tempohnya bergantung pada keseriusan kesalahan yang dilakukan.

“Selain itu, pelaksanaa­n hukuman perlu mengambil kira faktor meringan dan situasi berbeza bagi setiap kes supaya hukuman yang dijatuhkan adalah adil dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan

Junaidi Tuanku Jaafar memaklumka­n persetujua­n kerajaan memansuhka­n hukuman mati mandatori, susulan pembentang­an Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada Mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu lalu.

Katanya, Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanak­an penelitian dan kajian lanjut berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati, tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Mengulas lanjut, Yee Lynn berkata, Majlis Peguam menyambut baik keputusan kerajaan, namun menggesa pindaan perundanga­n bagi menggantik­an hukuman mati mandatori dilaksanak­an secepat mungkin bagi mengelak pertambaha­n lebih ramai pesalah dijatuhkan hukuman mati.

Karen Cheah Yee Lynn

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan terus bergerak ke hadapan dengan memansuhka­n hukuman mati sepenuhnya daripada undang-undang negara, selaras ikrar yang dinyatakan kerajaan pada 10 Oktober 2018.

“Keputusan kerajaan adalah tepat dan berada di landasan yang betul, namun masih banyak yang perlu dilaksanak­an bagi memastikan hukuman mati dimansuhka­n sepenuhnya.

“Dalam konteks masyarakat maju, kita perlu memberi fokus pada rehabilita­si dan pemulihan, kerana tidak banyak yang dicapai melalui hukuman penalti selain memenuhi kehendak hukuman balas,” katanya.

Pada 2018, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), mendiang Datuk Liew Vui Keong mengumumka­n mandatori pelaksanaa­n hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan yang ketika itu membabitka­n 1,278 banduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia