Harian Metro

19 Jun operasi semula Shuttle Tebrau

-

Johor Bahru: Perkhidmat­an Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ke Stesen Woodland, Singapura akan beroperasi semula pada 19 Jun ini selepas digantung sejak 24 Mac 2020 ekoran Covid-19 dan penutupan sempadan antarabang­sa.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, jualan tiket kereta api bagi perjalanan 19 Jun hingga 18 Julai itu akan bermula jam 3 pagi esok.

Wee berkata, sebanyak 31 perkhidmat­an yang beroperasi setiap hari dari JB Sentral-Woodlands-JB Sentral membabitka­n 18 perkhidmat­an dari JB Sentral ke Woodlands, manakala 13 lagi perkhidmat­an dari Woodlands ke JB Sentral.

Menurutnya, 7,000 penumpang dijangka menggunaka­n perkhidmat­an berkenaan sehari dengan maksimum kapasiti bagi setiap trip adalah 320 penumpang dan kekerapan tren adalah 30 minit.

“Perjalanan bagi tarikh 19 hingga 25 Jun sahaja adalah berkapasit­i 240 penumpang berbanding 320 penumpang kerana terdapat penambahba­ikkan dilakukan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA) Singapura (ICA), Jabatan Imigresen Malaysia serta Jabatan Kastam Malaysia dan penambahba­ikkan merangkumi Digital Arrival Card dan Face Image Scanner,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura di Bukit Chagar di sini, semalam.

Menurutnya, penumpang akan menggunaka­n pasport sebagai tiket rasmi mendaftar masuk di Turnstile Stesen JB Sentral dan Stesen Woodlands sebelum menaiki tren Shuttle Tebrau.

Dr Wee berkata, harga tiket bagi perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5 seorang, manakala dari Woodlands ke JB Sentral adalah 5 Dolar Singapura (RM15.86) seorang.

“Penumpang boleh membeli tiket menggunaka­n sistem KITS online atau kaunter tiket dan penumpang dikehendak­i mendaftar serta memasukkan nompor pasport terlebih dulu sebelum membuat pembelian tiket Shuttle Tebrau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia