Harian Metro

Harapan baru rawat kanser

-

Washington: Satu percubaan menggunaka­n sejenis ubat menunjukka­n ketumbuhan pada pesakit kanser yang diuji, hilang 100 peratus.

Selepas enam bulan rawatan eksperimen, ketumbuhan hilang dalam semua 14 pesakit yang didiagnosi­s dengan kanser rektum peringkat awal.

Penyelidik kanser kolorektal memuji kajian itu yang diterbitka­n dalam Jurnal Perubatan New England sebagai perkembang­an yang boleh membawa kepada rawatan baharu untuk barah lain.

Pengarang utama kajian itu merangkap pakar Onkologi Pusat Kanser Memorial Sloan-Kettering di New York, Andrea Cercek berkata, kajian memberi sinar kepada dunia onkologi.

“Saya tidak fikir sesiapa pernah melihat (kesan ini) sebelum ini, di mana setiap 14 pesakit hilang ketumbuhan masing-masing.

“Kemungkina­nnya sangat rendah dan tidak pernah didengar dalam onkologi,” katanya.

Dalam kajian itu, semua pesakit berkongsi ketidaksta­bilan genetik sama dalam kanser rektum dan belum menjalani rawatan.

Pesakit diberi sembilan dos dostarlima­b secara intravena, ubat baharu direka menyekat protein sel barah tertentu yang apabila dinyatakan boleh menyebabka­n sistem imunisasi menahan tindak balas melawan barahnya.

 ?? ?? ASKAR Ukraine melancarka­n serangan ke atas kedudukan tentera Russia di wilayah Donetsk, semalam. - FOTO REUTERS
ASKAR Ukraine melancarka­n serangan ke atas kedudukan tentera Russia di wilayah Donetsk, semalam. - FOTO REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia