Harian Metro

HONG KONG TERMAHAL

Tiga tahun berturut-turut menjadi bandar paling mahal di dunia untuk didiami

-

Hong Kong, New York dan Geneva mendahului senarai tahunan untuk bandar paling mahal dunia untuk didiami.

Senarai itu dikeluarka­n syarikat mobiliti global, ECA Internatio­nal yang ibu pejabatnya di London.

Ia diambil kira berdasarka­n beberapa faktor termasuk harga purata bahan makanan rumah seperti susu dan minyak masak, sewa, utiliti, pengangkut­an awam dan kekuatan mata wang tempatan.

Ini adalah tahun ketiga berturut-turut, Hong Kong mendapat pengiktira­fan sebagai bandar paling mahal di dunia dalam indeks berkenaan.

Indeks berkenaan secara khusus memberi tumpuan kepada pekerja asing dan ekspatriat dalam kedudukan mereka.

Pengarah Serantau ECA untuk Asia, Lee Quane berkata, keputusan itu menjelaska­n kehadiran China, yang semakin meningkat dalam indeks itu.

“Majoriti bandar-bandar di tanah besar China dalam kedudukan kami mempunyai kadar inflasi yang lebih tinggi daripada yang biasa kita lihat, tetapi mereka biasanya masih lebih rendah daripada tempat lain di Asia.

“Justeru, sebab utama kenaikan kedudukan mereka ialah kekuatan berterusan yuan China berbanding mata wang utama lain,” menurutnya dalam laman portal CNN.

Katanya, Paris yang pernah mendahului senarai ECA pada masa lalu terkeluar daripada senarai 30 teratas diikuti Madrid, Rom dan Brussels.

“Hampir setiap bandar utama zon Eropah menyaksika­n kejatuhan dalam senarai tahun ini kerana prestasi mata wang mereka lebih teruk dalam 12 bulan lalu berbanding dolar Amerika Syarikat dan pound Sterling.

“Faktor luaran seperti politik dan konflik antarabang­sa juga boleh memainkan peranan seperti penceroboh­an Rusia ke atas Ukraine dan sekatan yang disertai banyak negara memberikan Moscow berada di tempat ke-62 dan St Petersburg di tempat ke-147,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia